SKIM RUMAH PERTAMAKU SRP 2022 : (PERMOHONAN/KELEBIHAN/SYARAT)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SKIM RUMAH PERTAMAKU SRP 2022 : (PERMOHONAN/KELEBIHAN/SYARAT)

Kepada rakyat Malaysia di luar sana yang masih belum memiliki rumah, inilah peluang untuk anda memanfaatkan insentif dari kerajaan di mana pemohon boleh dapat pinjaman 100% tanpa perlu sediakan modal 10% dari harga rumah! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila ikuti perkongsian yang kami sediakan mengenai Skim Rumah Pertamaku.

BACA JUGA : GCR PENJAWAT AWAM : CARA KIRA DAN SYARAT PENGELUARAN GANTIAN CUTI REHAT


SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP) 2022

Skim Rumah Pertamaku merupakan satu inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk meringankan beban pembeli yang kali pertama mahu membeli rumah yang mempunyai pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih dari RM5,000 bagi pemohon tunggal dan pendapatan kasar bulanan tidak lebih dari RM10,000 bagi pemohon bersama.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Ianya bermaksud pembeli akan dibantu untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan sebanyak 100% + 10% (GMRTA, fi guaman dan fi penilaian) untuk pembelian hartanah bernilai tidak lebih dari RM500,00 untuk pembeli kali pertama.

Skim ini adalah dibawah kelola Cagamas, melalui anak syarikatnya Cagamas SRP Berhad (CSRP) yang mana akan memberi jaminan kepada bank-bank yang berkenaan sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’ untuk pembiayaan yang melebihi mula dari 90%.

Berikut penerangan secara ringkas konsep Skim Rumah Pertamaku ini :

  • Ia adalah satu skim perumahan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
  • Khas untuk pembeli rumah pertama yang :-
    • Pendapatan kasar bulanan tidak lebih dari RM5,000 bagi pemohon tunggal
    • Pendapatan kasar bulanan tidak lebih dari RM10,000 bagi pemohon bersama.
  • Pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat tanpa perlu wang pendahuluan
  • Pembelian hartanah yang tidak lebih dari RM500,000.
  • Cagamas SRP Berhad (CSRP) menjamin kepada bank-bank yang berkenaan sehingga 20%

SYARAT PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP) 2022

Melalui laman web rasmi SRP, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pembeli rumah pertama
  3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  4. Pemohon individu atau bersama
    • Harta tanah kediaman dan dihuni pemilik
    • Nilai harta tanah sehingga RM500,000
  5. Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama
  6. Pembiayaan sehingga 110%
  7. Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

[NOTA] :

  • Pembiayaan sebanyak 100% hingga 110% hanya untuk pemohon yang berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 + membeli harta tanah di bawah nilai RM300,000

CARA PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU

LANGKAH 1 : Cari rumah idaman anda dan dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual. beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain.

LANGKAH 2 : Sila semak kelayakan anda bagi pembiayaan rumah di bawah SRP 2022.

LANGKAH 3 : Sediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain.

LANGKAH 4 : Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.

BANK YANG MENAWARKAN SKIM RUMAH PERTAMAKU

Rujuk jadual berikut mengenai senarai bank yang menawarkan Skim Rumah Pertamaku:

Affin Bank03-8230 2222
Affin Islamic Bank03-8230 2223
Alliance Bank03-5516 9988
Alliance Islamic Bank03-5516 9989
AmBank03-2178 8888
AmBank Islamic03-2178 8888
Bank Islam03-2690 0900
Bank Muamalat03-2600 5500
Bank of China03-2059 5566
CIMB Bank03-6204 7788
CIMB Islamic Bank03-6204 7789
Hong Leong Bank03-7626 8899
Hong Leong Islamic Bank03-7626 8900
Maybank1 300 88 6688
Maybank Islamic1 300 88 6688
MBSB Bank03-2096 3000
OCBC Al-Amln Bank03-8314 9310
OCBC Bank03-8317 5000
Public Bank1 800 22 9999
Public Islamic Bank1 800 22 9999
RHB Bank03-9206 8118
RHB Islamic Bank03-9206 8118
Standard Chartered Bank1 300 888 888
Standard Chartered Saadiq Bank1 300 888 888
United Overseas Bank03-2612 8121

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Rumah Pertamaku ini, sila rujuk Soalan Lazim di srp.com.my/faq.

Sebarang pertanyaan, sila rujuk saluran berikut:

Leave a Comment