MATRIKULASI MOE GOV MY KPM 2022/2023 : PERMOHONAN DAN SEMAKAN ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

MATRIKULASI MOE GOV MY KPM 2022/2023 : PERMOHONAN DAN SEMAKAN ONLINE

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2021 akan mula dibuka pada bulan Mac 2022. Jadi kami akan kongsikan dengan lanjut mengenai Program Matrikulasi KPM serta cara membuat permohonan dan semakan.

BACA JUGA : NO PIN UPU ONLINE 2022 : CARA ATAU TARIKH PEMBELIAN DI BSN

APA ITU PROGRAM MATRIKULASI KPM?

Program Matrikulasi KPM ini juga biasa digelar disebagai ‘Matrix’ dan ia terbahagi kepada 2 iaitu :

  • Program Satu Tahun
  • Program Dua Tahun

Program ini mempunyai 3 jurusan seperti :

  1. Jurusan Sains:
    a) Sains Hayat
    b) Sains Fizikal
    c) Sains Komputer
  2. Jurusan Kejuruteraan:
    a) Kejuruteraan Asas
    b) Kejuruteraan Awam
    c) Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    d) Kejuruteraan Mekanikal
  3. Jurusan Perakaunan
    a) Perakaunan
    b) Perakaunan Profesional

[NOTA] : 

  1. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
  2. perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah.
  3. Pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati.
  4. Pelajar yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

KELEBIHAN PROGRAM MATRIKULASI KPM

Kelebihan :

  • 1 tahun pengajian
  • Kurikulum digubal oleh universiti awam
  • Lulusan matrikulasi berpeluang memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam
  • Diiktiraf univerisiti luar negara
  • Pembiayaan oleh kerajaan bagi mereka yang layak
  • Yuran pengajian ditanggung oleh kerajaan
  • Kemudahan penginapan percuma
  • Pelbagai aktiviti pelajar
  • Laluan pantas ke universiti awam

Risiko :

  • Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
  • Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
  • Wajib mengambil MUET
  • Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam

SYARAT KELAYAKAN MOHON MATRIKULASI 2022

Syarat kelayakan permohonan Matrikulasi 2022 adalah seperti dinyatakan di bawah :

  • Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2022.
  • Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. (rujuk senarai jurusan / aliran di bawah)

1. Jurusan Sains

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran sama ada Fizik atau Biologi.

2. Jurusan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:
    • Biologi/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian
    • Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Asas Kelestarian/
    • Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains
    • Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik
    • Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan / Ekonomi/
    • Perdagangan/ Perniagaan.

3. Jurusan Perakaunan

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan Matematik

Pelajar yang memohon juga perlu mengambil mana-mana 3 mata pelajaran di bawah :

  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains/ Sains
  • Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/
  • Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains Komputer/ Sains
  • Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
  • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/
  • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian
  • Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

4. Jurusan Perakaunan Profesional

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan.

Pemohon juga perlu mengambil mana-mana 2mata pelajaran seperti di bawah :

  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan / Lukisan
  • Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah
  • Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik
  • Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/
  • Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/
  • Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
  • Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik &
  • Elektronik

SENARAI KOLEJ MATRIKULASI DI MALAYSIA

Berikut merupakan senarai kolej matrikulasi di Malaysia. Terdapat beberapa jurusan yang hanya ditawarkan mengikut kolej. Rujuk maklumat di bawah untuk info lebih lanjut :

  • Jurusan Sains ditawarkan di semua kolej matrikulasi kecuali di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan dan Kolej MARA Kuala Nerang.
  • Jurusan Kejuruteraan hanya ditawarkan di:
    • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
    • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
    • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
  • Jurusan Perakaunan ditawarkan di semua kolej matrikulasi kecuali Kolej Matrikulasi Kejuruteraan, Kolej Matrikulasi Sarawak dan Kolej MARA Kulim.
  • Jurusan Perakaunan Profesional hanya ditawarkan di Kolej Matrikulasi Selangor
Institusi / AlamatTelefon / Faks E-mel / Laman Web
Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel:06-3832000
Faks:06-3847190
 E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel:06-4841825
Faks:06-4841821
 E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
 Tel:04-5756090
Faks:04-5757389
 E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
02600 Arau, Perlis.
 Tel:04-9868613, 04-9868614, 
04-9868615, 04-9868616
Faks:04-9868542, 04-9868543
 E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan OKK Daud, Merinding, 
Peti Surat 81735, 
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel:087-465311, 087-465314
Faks:087-466500
E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan Payamas, 
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
Tel:06-9781613
Faks:06-9781595
E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
31600 Gopeng, Perak.
Tel:05-3594449, 05-3594600
Faks:05-3594412, 05-3594413
E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
06010 Changlun, Kedah.
Tel:04-9286100
Faks:04-9242186
E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26300 Gambang, Pahang.
Tel:09-5495000
Faks:09-5499612, 09-5498996
E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel:04-4682508
Faks:04-4682281
E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel:09-4677103
Faks:09-4677102
Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
KM 5, Jalan Kukup, 
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Tel:07-6881629, 07-6881630
Faks:07-6881631, 07-6882720
E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Kathong Mukim Jugra, 
42700 Banting, Selangor.
Tel:03-31201410
Faks:03-31201372
E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Beg Berkunci No. 3, 
16810 Selising, Kelantan.
Tel:09-7808000
Faks:09-7808080
E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Lot 216, Fasa II, 
Taman Perindustrian Sejingkat, 
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
Tel:082-439100
Faks:082-433108
E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my
Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong, 
09000 Kulim, Kedah.
Tel:04-4906422
Faks:04-4906426
E-mel:info[@]kmkulim.edu.my
Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap, 
06300 Kuala Nerang, Kedah.
Tel:04-7867250, 04-7867255
Faks:04-7867254
E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my
Laman Web:http://www.kmkn.edu.my

TARIKH MOHON MATRIKULASI MOE GOV MY 2022

  • 15 Mac 2022 hingga 15 April 2022

TARIKH PENTING MATRIKULASI MOE GOV MY

  • Kemaskini Permohonan/baharu (Jun 2022)
  • Semakan Keputusan Tawaran/ Setuju Terima (Julai 2022)
  • Rayuan Pertukaran Jurusan/Kolej (Julai 2022)
  • Keputusan(Julai 2022)
  • Semakan tawaran Fasa 2 (Ogos 2022)

Sila layari laman web rasmi Kolej Matrikulasi untuk membuat permohonan dan semakan keputusan pada tarikh tersebut.

CARA MOHON MATRIKULASI MOE GOV MY 2022

Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang Kolej Matrikulasi

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan matrikulasi 2022, sila rujuk pautan berikut Maklumat Kolej Matrikulasi

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matriks

Leave a Comment