CARA BAYAR PTPTN GUNA KWSP
Sebaik sahaja menamatkan pengajian tinggi, beban yang terawal yang harus difikirkan adalah hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pinjaman tersebut perlu dilunaskan secara ansuran bulanan. Ramai masih belum tahu bahawa pinjaman PTPTN boleh dibayar menggunakan wang yang ada di dalam Akaun 2 KWSP. Sila ikuti perkongsian kami mengenai cara bayar PTPTN menggunakan KWSP.
BACA JUGA : BKM : CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (CHECK STATUS KELULUSAN) 2022
KELEBIHAN BAYAR PTPTN GUNA KWSP
- Boleh menggunakan Akaun Dua KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).
- Tiada had pengeluaran.
- Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun Dua masih berbaki.
- Tiada caj pemprosesan dikenakan
- Menikmati penjimatan kos upah atau pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik
SYARAT PENGELUARAN KWSP UNTUK BAYAR PTPTN
Berikut adalah syarat pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN:
- Terbuka kepada kesemua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
- Hanya peringkat Diploma dan ke atas sahaja yang dibenarkan.
CARA MOHON DAFTAR I-AKAUN
- Untuk pendaftaran i-Akaun, dapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun (6 digit) melalui :
- Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000
- Kiosk KWSP
- Kaunter KWSP
- Aktifkan i-Akaun menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.
CARA BAYAR PTPTN GUNA KWSP
Berikut adalah 3 cara mudah untuk membayar balik wang pinjaman PTPTN melalui KWSP Online:
Sila layari pautan ini untuk ke laman web rasmi KWSP : i-Akaun
- Log masuk / Daftar masuk ke i-Akaun KWSP:
Klik tap pengeluaran -> Pilih e-Pengeluaran -> Klik pada permhonan baru. - Semak Status Permohonan:
Status permohonana akan dihantar melalui SMS / Masej sekuriti inbox di i-Akaun. - Hadir Ke Cawangan Pejabat KSWP
Proses pengesahan cap ibu jari bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
DISKAUN PTPTN 2022
Diskaun yang diberikan adalah merangkumi :
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual
- Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
TEMPOH DISKAUN PTPTN 2022
Mula : 1 November 2021
Tamat : 30 April 2022.
TEMPOH MASA BAYARAN
- Proses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut, sila ke pejabat PTPTN yang beralamat dibawah atau anda boleh hubungi talian PTPTN yang diberikan.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
e-Aduan: iCare