GCR PENJAWAT AWAM : CARA KIRA DAN SYARAT PENGELUARAN GANTIAN CUTI REHAT
Semasa pengumuman Bajet 2022, penggantian cuti rehat penjawat awam akan dinaikkan dari maksimum 150 hari menjadi 160 hari. Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia adalah bagi mengiktiraf pengorbanan penjawat awam khususnya golongan barisan yang tidak berpeluang untuk bercuti ketika menangani krisis COVID-19. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian mengenai cara kira dan syarat pengeluaran gantian cuti rehat.
BACA JUGA : TEMUJANJI TABUNG HAJI : BORANG TEMUJANJI DAN SEMAKAN STATUS
APA ITU GCR?
Gantian Cuti Rehat (GCR) adalah kemudahan yang disediakan kerajaan, berbentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan. GCR akan dikumpulkan pada setiap hujung tahun bergantung dengan kelayakan cuti rehat yang diberikan pada tahun berkenaan.
PEMBERIAN AWAL WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)
Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2022 telah bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022. Sekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.
SYARAT PENGELUARAN GCR
Pegawai perkhidmatan yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pengeluaran GCR awal 2022 – award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;
- Pegawai telah mencapai had umur 45 tahun;
- Jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan penebusan awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;
- Pegawai hendaklah bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib;
- Pegawai hendaklah mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.
Tiada syarat lain selain daripada syarat yang dinyatakan, Oleh yang demikian, setiap permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang diterima oleh JPA adalah MUKTAMAD. Pegawai hendaklah membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengemukakan permohonan pemberian awal award wang tunai GCR ini.
Namun, permohonan bagi pengeluaran GCR award wang tunai GCR yang sudah diluluskan hanya boleh ditarik balik sekiranya pembayaran masih belum dilaksanakan. Pembatalan / penarikan balik ini perlu dimaklumkan oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
CARA KIRA TUNTUTAN GCR 2022
Pemohon boleh membuat permohonan awal mengikut Inisiatif 2, Kebajikan Penjawat Awam.
Untuk memohon GCR atau Gantian Cuti Rehat, anda boleh melayari laman web https://www.jpa.gov.my/
FORMULA:
1/30 x Cuti Rehat Dikumpul (Maksimum 150 hari) x ( Gaji Akhir + Imbuhan Tetap )
Sebagai contoh:
Jumlah cuti rehat yang terkumpul untuk 15 tahun: 120 hari
Gaji Akhir + Imbuhan Tetap : RM6500
Menggunakan formula yang telah ditetapkan :
1/30 x 120 hari x RM6500 = RM26000
Berdasarkan contoh pengiraan yang telah ditunjukkan, anda akan memperoleh RM26000 melalui tebusan tunai wang Gantian Cuti Rehat atau GCR.
MAKLUMAT LANJUT
Talian : 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729
atau e-mel pertanyaan anda ke gcr@jpa.gov.my.
Untuk lebih lanjut, boleh layari https://budget.mof.gov.my/2022/