PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan bantuan BINGKAS sejak 2021 untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi keluarga-keluarga di Selangor, terutamanya pasca pandemik ngeri COVID-19, BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

Bantuan ini adalah untuk membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Bagaimanakah permohonan bantuan pembelian keperluan asas rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk permohonan bantuan BINGKAS RM300 setiap bulan untuk membeli keperluan asas, seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN

Berikut dokumen yang diperlukan untuk kemukakan permohonan seperti di bawah :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan).
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan).
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

CARA PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN 2024

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS.
  2. Kemudian, klik pada bahagian [DAFTAR PERMOHONAN] di bawah.
  3. Klik [Daftar Sekarang] atau sekiranya anda telah mempunyai akaun BINGKAS sila masukkan Nombor telefon dan Kata Laluan di ruangan yang di sediakan.
  4. Seterusnya, masukkan Nombor Telefon dan klik butang [TERUSKAN].
  5. Nombor OTP akan dihantar ke nombor telefon anda.
  6. Masukkan Nombor OTP yang anda terima dan tekan [Sahkan OTP].
  7. Anda telah berjaya Log Masuk, seterusnya klik butang [X].
  8. Sila isi semua maklumat yang bertanda [*] perlu diisi dengan lengkap dan tepat.
  9. Kemudian, klik [TERUSKAN].
  10. Tandakan pada maklumat yang berkenaan dan klik [TERUSKAN].
  11. Seterusnya [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen sokongan yang diperlukan dan tekan [TERUSKAN].
  12. Kemudian, tandakan pada kotak [PERSETUJUAN] dan [HANTAR].
  13. Permohonan anda berjaya dihantar.
  14. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan sahaja. Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Permohonanan Bingkas : 1800-22-6600
  • Pengaktifan e-Wallet : +6016-325 4199 | bingkasbantuan@wavpay.net (Whatsapp)
  • Alamat E-mel : info@selcare.my

9 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG”

Leave a Comment