CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

Khusus kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak menerima bantuan sebanyak RM500 setiap bulan.

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Bagaimanakah check nama penerima bantuan warga emas rm500 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN WARGA EMAS

Berikut merupakan tujuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam memberikan bantuan kepada Warga Emas :

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan;
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan;
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat; dan
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS RM500 SETIAP BULAN 2024

Pemohon hendaklah memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara check nama penerima bantuan Warga Emas RM500 setiap bulan seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal Semakan eBantuan JKM atau klik pautan di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Seterusnya, klik pada [Semakan Status Permohonan Talian].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan (MyKad) pemohon pada ruangan yang disediakan.
  4. Kemudian, klik butang [Semak].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Klik [Tutup].
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkaitan bantuan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045
  • Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Leave a Comment