CHECK BANTUAN 1200 B40 2024 : SEMAK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CHECK BANTUAN 1200 B40 2024 : SEMAK SEKARANG

Khas untuk rakyat B40 yang berpendapatan rendah dan kurang bekemampuan, Kerajaan telah mewujudkan pelbagai bantuan untuk B40. Salah satunya ialah bantuan tunai sebanyak RM1,200 yang dikreditkan ke dalam Mykad kepada lebih 700,000 penerima B40.

Bagaimanakah check bantuan 1200 b40 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM100 SEBULAN : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN 1200 B40 2024

Bantuan 1200 B40 merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan khas untuk B40 sebanyak RM1,200 yang juga merupakan penerima Bantuan STR yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar mengikut data eKasih dan JKM. Bantuan ini adalah untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan di kedai-kedai terpilih.

KELAYAKAN BANTUAN 1200 2024

Kelayakan adalah terhad kepada mereka yang memenuhi semua kriteria seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN 1200 B40 2024

Pembayaran bantuan RM1,200 untuk B40 adalah bermula seawal bulan Januari 2024 dan akan dibayar setiap bulan Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai Ogos, September, Oktober, November dan sehingga Disember 2024. Tarikh yang sebenar akan diumumkan secara rasmi mengikut pindaan semasa ke semasa.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

CHECK BANTUAN 1200 B40 2024

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih.
  2. Klik pada [Semakan Status].
  3. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  4. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  6. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
  • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
  • Emel : info@mykasih.com.

6 thoughts on “CHECK BANTUAN 1200 B40 2024 : SEMAK SEKARANG”

  1. Selamat malam dini saya minta bantuan dari tuan dan saya tidk cukup belanja dini saya bekerja petani sja tuan dan ini nombor akaun Affin bank saya 2005980515821
    Nombor ic 800618125135

    Reply

Leave a Comment