SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 2023 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 2023 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri komited untuk membantu semua rakyat Malaysia termasuk golongan Warga Emas. Bantuan yang disalurkan sebanyak RM500 setiap bulan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu meringankan bebanan hidup Warga Emas.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan warga emas rm500? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN : DAFTAR SEKARANG

KADAR BANTUAN WARGA EMAS

Berikut kadar bantuan yang disalurkan kepada warga emas yang berkelayakan seperti di bawah :

KADAR BANTUAN WARGA EMAS
RM500 setiap bulan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS RM500

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan khusus yang ditetapkan untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM500 seperti di bawah :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
  • Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 2023

Untuk semakan bantuan, sila ikuti cara-cara di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eBantuan JKM; atau klik pautan di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Kemudian, klik pada [Semakan Status Permohonan Talian].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalana pemohon di ruangan yang disediakan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  5. Status pemohon akan dipaparkan.
  6. Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS RM500 2023

  1. Permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  2. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
  3. Bagi memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang dibawah, cetak, isi maklumat yang diminta dan bawa bersama ke kaunter :

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Selain borang di atas, bagi membolehkan permohonan bantuan warga emas anda diproses dan dibuat penilaian, anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkaitan bantuan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045
  • Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

3 thoughts on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 2023 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG”

Leave a Comment