SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN 2023 : CHECK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN 2023 : CHECK SEKARANG

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan bantuan untuk membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur dengan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga.

Bagaimanakah semakan bantuan pembelian keperluan asas rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN ASAS RM300 SEBULAN : SEMAK SEKARANG

SENARAI KEPERLUAN ASAS BANTUAN RM300 SETIAP BULAN

Antara barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian adalah seperti berikut:

  1. Beras, mi dan bihun.
  2. Roti dan biskut.
  3. Telur.
  4. Gula dan garam
  5. Rempah ratus, sos, kicap, dan sebagainya.
  6. Tepung.
  7. Minyak masak.
  8. Sayur-sayuran dan buah-buahan.
  9. Daging lembu, ayam, kambing dan ikan.
  10. Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  11. Lampin pakai buang.
  12. Produk tenusu (susu tepung, susu pekat dan susu segar).
  13. Peralatan persekolahan.
  14. Perihal pendidikan (yuran atau sebagainya).

KELAYAKAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2023

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk penerima Bantuan RM300 setiap bulan 2023 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan kebawah; dan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN 2023

Ikuti cara semakan bantuan RM300 setiap bulan di portal rasmi seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS.
  2. Kemudian, klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon; tanpa (-) Contoh : 0123456789.
  4. Masukkan kata laluan anda dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [LOG MASUK].
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan anda kerana pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di sini :

5 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN 2023 : CHECK SEKARANG”

  1. Saya ibu tunggal 4 org anak,yg mengidap sakit asma,jangkitan kuman paru-paru, keretakan tulang belakang,dan kini saya masih menyewa rumah,dan saya xmampu bekerja keras,SBB saya xblh mengangkat berat dan kini saya hanya krj 4time,sejam bayarannya rm75,hny dgn bantuan anak ii..
    Yg TLG saya sekarang,dgn jasa baik,tuan..moga tuan dpt membantu saya .tq..

    Reply
  2. SEMOGA TAHUN BARU,KERAJAAN DPT BT YG TERBAIK UTK RAKYAT,DLM HARGA RUNGIT KITA SEMAKIN JATUH,BRG KEPPERLUAN,MENJADI MAHAL,DAN PA RAKYAT PERLU KENA HAFAP MESKIPON KAMI ..KERAJAAN TAHU AKN SUSAHNYA,KEHIDUPAN SEKARANG,BERBANDING DULU,MOGA KERAJAAN JGN TAKAT SEMBANG KOSONG,DAN PALING TIDAK KERAJAAN TLG LA JGN MENYUSAHKN RAKYAT LAGI,DAN APA GUNA PANGKAT NAMA,KALO RAKYAT TERJEJAS!1buktikn pada rakyat…

    Reply

Leave a Comment