BANTUAN 100 DALAM IC 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN 100 DALAM IC 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Oleh kerana kos sara hidup semakin tinggi kini, kerajaan komited untuk membantu rakyat Malaysia menampung kos perbelanjaan setiap bulan dengan menyalurkan bantuan tunai sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan ini akan disalurkan ke dalam Kad Pengenalan penerima (IC) untuk membeli barangan keperluan asas dapur.

Bagaimanakah cara check kelayakan bantuan 100 dalam ic 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR : CHECK ONLINE SEKARANG

KADAR / JUMLAH PENERIMA BANTUAN 100 DALAM IC 2024

Berikut merupakan jumlah penerima mengikut kategori dan kadar bantuan seperti di bawah :

KATEGORIKADAR BANTUANJUMLAH
PENERIMA
Isi Rumah Miskin TegarRM1,2000.2 juta
Isi Rumah MiskinRM1,2000.5 juta
Isi Rumah AsasRM3001.3 juta
Bujang & Warga EmasRM1504.3 juta
*Menurut data eKasih dan JKM.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN 100 DALAM IC

Berikut merupakan kaedah pembayaran bantuan 100 dalam IC mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :

KATEGORIKAEDAH BAYARAN
Isi Rumah Miskin TegarKredit RM100 setiap bulan selama
tempoh 12 bulan.
Isi Rumah MiskinKredit RM100 setiap bulan selama
tempoh 12 bulan.
Isi Rumah AsasKredit RM100 setiap bulan selama
tempoh 3 bulan.
Bujang & Warga Emas(Akan diberitahu)

TARIKH BAYARAN

Berikut merupakan tarikh bayaran yang akan dilakukan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti di bawah :

TARIKH BAYARAN BANTUAN 100 DALAM IC
Bermula awal bulan Januari 2024 (setiap bulan)
sehingga bulan Disember 2024.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN 100 DALAM IC

  1. Pilih kedai berhampiran anda, semak senarai kedai terpilih [Di Sini].
  2. Kemudian, pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
  5. Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
  6. Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.

CHECK KELAYAKAN BANTUAN 100 DALAM IC 2024

PAUTAN RASMI SEMAKAN
https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
  1. Klik pada pautan semakan di atas.
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
  • Tel: (603) 7720 1800.
  • E-mel : info@mykasih.com

3 thoughts on “BANTUAN 100 DALAM IC 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG”

  1. Bantu saya macam mana mahu mendaftar pemohon kewangan dalam talian.Saya tidak pandai sangat dalam menggunakan internet apatahlagi mahu memohon secara on Line.saya xberani memohon sahabat² saya membantu saya kerana saya takut disalahgunakan oleh kawan² saya.banyu saya mohon secara ke kaunter pemohon@bantu saya memohon online..harap maklum

    Reply
  2. Macam mana nak daftar penerima bantuan dapur 2024 dan semak status kelayakan bantuan yang di salurkan melalui my kad.terima kasih.

    Reply

Leave a Comment