CARA PALANG IC YANG BETUL (KAD PENGENALAN JPN)
Untuk makluman pembaca, salinan ic atau kad pengenalan jika ia diberikan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab atau orang yang salah, salinan tersebut mungkin akan disalah gunakan.
Hal ini tidak mustahil anda akan menghadapi situasi mempunyai hutang secara tidak sengaja yang tidak pernah dibuat hanya melalui salinan ic yang anda berikan.
Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda buat palang atau cross di salinan yang anda ingin berikan kepada sesiapa sahaja tidak kira sama ada anda ingin membuat spp, sijil lahir atau slip gaji dan juga untuk urusan loan kereta atau pinjaman yang lain.
Di bawah ini kami kongsikan kepada anda bagaimana cara palang ic yang betul atau dengan betul berdasarkan contoh dari pihak JPN.
SEBAB PERLU PALANG KAD PENGENALAN
Berikut adalah beberapa sebab kenapa perlunya anda nak memalang Kad Pengenalan anda :
- Untuk mengelak daripada di salah guna oleh orang yang berniat tidak baik.
- Berisiko akan terjebak dengan hutang yang tidak pernah dibuat.
- Berkemungkinan nama anda akan di senarai hitam apabila disalah gunakan.
CARA PALANG IC YANG BETUL
Contoh cara palang kad pengenalan JPN dengan betul :
- Palang dua (2) garisan lurus pada dokumen.
- Tulis tujuan urusan di antara dua gariasan lurus tersebut.