MYJPJ DAFTAR ONLINE : CARA BUAT ROADTAX DIGITAL (2023)
Terbaru 2023! Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke semasa kenyataan media telah mengumumkan pelaksanaan Cukai Jalan Digital (e-LKM).
Berdasarkan kenyataan rasmi yang diumumkan, pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai “roadtax” tidak perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.
Untuk makluman anda, bermula pada 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) di apps yang di kenali MyJPJ.
Sebuhungan dengan pelaksanaan perkara di atas, peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi dikuatkuasakan.
Bagaimanakah myjpj daftar online? Apakah cara buat roadtax digital 2023? Info lanjut cukai jalan online di sini.
Senarai Kandungan
MYJPJ DAFTAR ONLINE
MYJPJ DAFTAR ONLINE. CARA BUAT ROADTAX DIGITAL 2023.
- Register Pengguna Kali Pertama MYJPJ.
Pengguna perlu buat pendaftaran pengguna MySikap JPJ terlebih dahulu jika pertama kali. Tekan pautan pendaftaran pengguna pertama kali MySikap di sini : https://public.jpj.gov.my/public/login.zul.
- Sila Lengkapkan Maklumat Yang Di Minta.
Isi No. MyKad, Telefon Bimbit, E-mel dan Pengesahan E-mel. No. Rujukan tidak perlu diisi.
- Terima Notifikasi Pengesahan Pendaftaran.
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara Di E-mel.
- Log Masuk Kali Pertama MySikap JPJ.
Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan di E-mel. Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baharu anda. Pilih Soalan Sekuriti. Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti yang telah dipilih. Tekan Simpan. Anda berjaya log masuk pertama kali MySikap JPJ.
- Muat Turun Apps Rasmi MYJPJ.
Pengguna Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
Pengguna IOS : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
Pengguna Huawei : https://appgallery.huawei.com/app/C107204517 - Buka Apps MyJPJ.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan MySikap JPJ.
- Tekan Butang Log Masuk.
- Paparan Halaman Utama MyJPJ.
- Senarai Perkhidmatan Di Paparkan.
- Selesai.
CARA BUAT ROADTAX DIGITAL
Berikut adalah cara buat cukai jalan secara digital :
- Buka Aplikasi MyJPJ.
- Log Masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama MyJPJ.
- Tekan “Semakan Lesen Kenderaan”.
- Anda akan dibawa ke Keputusan Carian.
- Maklumat berikut akan dipaparkan :
- Nama
- Nombor Kad Pengenalan
- No Kenderaan
- Paparan Maklumat Insurans Kenderaan
- Paparan Maklumat Kenderaan Motor
- Tarikh Luput
- Selesai.
Baca juga : ROADTAX DIGITAL MYJPJ : SEMAKAN & PERMOHONAN (CUKAI JALAN ONLINE)