ROADTAX DIGITAL MYJPJ : SEMAKAN & PERMOHONAN (CUKAI JALAN ONLINE)
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke menerusi sebuah kenyataan media telah mengumumkan pelaksanaan Cukai Jalan Digital (e-LKM) Online MyJPJ.
Melalui kenyataan rasmi yang dibuat, pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai “roadtax” tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.
Bermula pada 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).
Oleh itu, peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi dikuatkuasakan.
Apakah roadtax digital myjpj? Bagaimanakah cara semakan & permohonan cukai jalan online digital 2023? Maklumat lanjut di sini.
ROADTAX DIGITAL MYJPJ
Roadtax Digital MYJPJ adalah pendigitalan Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) kepada pemilik kenderaan bersendirian dimana sebelum ini wajib menampal pelekat tersebut di kenderaan masing-masing. Menerusi inisiatif ini, pemilik kenderaan bersendirian tidak lagi perlu menampal dan hanya perlu muat turun aplikasi MYJPJ dan paparan secara digital cukai jalan kenderaan anda akan dipaparkan di dalam aplikasi tersebut.
Menerusi aplikasi MYJPJ ini, terdapat pelbagai perkhidmatan secara online disediakan iaitu :
- Bidaan Nombor Kenderaan
- Semakan Nombor Terkini
- Semakan Lesen Kenderaan
- Semakan Lesen Memandu
- Semakan Keputusan Ujian
- Semakan Saman
- Semakan Senarai Hitam
PERMOHONAN ROADTAX DIGITAL MYJPJ
PERMOHONAN ROADTAX DIGITAL MYJPJ. CARA MEMOHON PELEKAT CUKAI JALAN ONLINE.
- Daftar Pengguna Di Portal Rasmi MySikap JPJ.
Tekan pautan pendaftaran pengguna pertama kali MySikap di sini : https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Lengkapkan Butiran & Maklumat.
Isi No. MyKad, Telefon Bimbit, E-mel dan Pengesahan E-mel. No. Rujukan tidak perlu diisi.
- Terima Notifikasi Pengesahan Pendaftaran.
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara Di E-mel.
- Login Pertama Kali MySikap JPJ.
Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan di E-mel. Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baharu anda. Pilih Soalan Sekuriti. Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti yang telah dipilih. Tekan Simpan. Anda berjaya log masuk pertama kali MySikap JPJ.
- Muat Turun Apps Rasmi MYJPJ.
Pengguna Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
Pengguna IOS : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
Pengguna Huawei : https://appgallery.huawei.com/app/C107204517 - Buka Apps MyJPJ.
- Isi ID Pengguna dan Kata Laluan MySikap JPJ.
- Tekan Log Masuk.
- Halaman Utama MyJPJ Dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN ROADTAX DIGITAL MYJPJ
Berikut adalah cara check cukai jalan digital myjpj :
- Buka Aplikasi MyJPJ.
- Log Masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama MyJPJ.
- Tekan “Semakan Lesen Kenderaan”.
- Anda akan dibawa ke Keputusan Carian.
- Maklumat berikut akan dipaparkan :
- Nama
- Nombor Kad Pengenalan
- No Kenderaan
- Paparan Maklumat Insurans Kenderaan
- Paparan Maklumat Kenderaan Motor
- Tarikh Luput
- Selesai.
FAQ
Bagaimanakah jika saya ingin mengakses Paparan Digital eLKM dan eLMM?
Untuk melihat paparan lesen digital ini, pengguna boleh mengikuti langkah seperti di bawah :
- Log Masuk ke aplikasi.
- Pada Halaman Utama, pengguna boleh klik pada ikon Profil di bahagian bawah skrin.
- Paparan Lesen Memandu Digital akan dipaparkan.
- Jika ingin melihat paparan Lesen Kenderaan Motor, pengguna perlu klik di tab “Lesen Kenderaan Motor”.
Baca juga : BANTUANTUNAI HASIL : (SEMAKAN / LOGIN) STR HASIL