CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP 2023
Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac 2022, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.
Permohonan akan dibuka secara rasminya pada 1 April sehingga 30 April 2022 melalui online. Manakala pembayaran akan dibuat bermula pada 20 April 2022.
Bagaimana cara memohon pengeluaran khas KWSP? Info lanjut sila rujuk di sini.
Baca juga : PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP GOV MY
CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP
CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP.
- Klik Link Portal Rasmi Permohonan Pengeluaran Khas KWSP di sini : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
Pastikan anda Join Channel Telegram Info Awal Pengeluaran Khas di sini : https://t.me/pengeluarankhaskwsp.
- Tekan [MOHON SEKARANG].
- Tekan [PERMOHONAN].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda diruangan Nombor MyKad/MyPR.
- Kemudian, masukkan Nombor Telefon bimbit anda.
Pastikan Nombor Telefon yang dimasukkan itu aktif kerana anda akan menerima SMS Kod OTP untuk permohonan ini.
- Tekan [TERUSKAN].
- Nombor OTP telah dihantar melalui SMS ke Nombor Telefon Bimbit anda. Sila masukkan Nombor OTP tersebut diruangan yang disediakan.
- Tekan [SAHKAN NOMBOR OTP].
- Seterusnya, tentukan [AMAUN PILIHAN PENGELUARAN].
- Bahagian ini, anda akan dipaparkan sama ada [Memohon RM10,000 atau Lain-lain Amaun]. Sila Pilih salah 1 pilihan yang diberikan.
- Tekan [TERUSKAN] Anda akan dipaparkan mesej Tahukah Anda “RM 10,000.00 ini dianggarkan akan berganda kepada RM 30,715.24 jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun.”
- Tekan [TERUSKAN] sekali lagi.
- Anda akan dibawa ke MAKLUMAT PERMOHONAN.
- Sila Semak Nama Penuh, Nombor MyKad/MyPR, Nombor Telefon Bimbit dan Kemaskini Maklumat Alamat E-Mel, Alamat Surat Menyurat Terkini, Poskod, Bandar, Negeri, ada Akaun Bank tandakan (Ya), Nama Bank, Nombor Akaun Bank anda.
Sila isi Maklumat dengan tepat supaya tidak berlaku sebarang masalah apabila proses pembayaran dilakukan. Pastikan anda kemaskini maklumat jika terdapat sebarang perubahan pada data yang sedia ada.
- Pilih Jawapan kepada Soalan berikut “Saya memohon Pengeluaran Khas kerana dan Pengeluaran Khas akan membantu saya untuk”.
- Tekan [TERUSKAN].
- Anda akan dibawa ke PENGESAHAN PERMOHONAN
- Pastikan anda Semak semua MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT BAYARAN yang telah diisi adalah betul dan tepat serta tandakan tick.
- Tekan [HANTAR].
- Permohonan Pengeluaran Khas KWSP anda telah berjaya dilakukan.
- Selesai.
LOGIN PENGELUARAN KHAS KWSP GOV MY
Anda boleh log masuk menerusi portal rasmi seperti dibawah apabila diumumkan.
LINK PORTAL RASMI
https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
SYARAT PENGELUARAN KWSP 10K
Berikut adalah syarat pengeluaran KWSP 10K :
- Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
- Amaun pengeluaran minimum sebanyak RM50 sehingga RM10,000.
- Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun 1.
- Pembayaran dibuat dalam 1 bayaran sahaja.
- Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
- Bayaran Pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 10K
Untuk kelancaran urusan, pastikan pemohon :
- Nombor telefon bimbit terkini pemohon berdaftar dengan KWSP.
- Baki simpanan KWSP disemak.
- Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa).
- Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan anda boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini.
Telefon : 03 – 8922 6000
ARTIKEL BERKAITAN
Apply kwsp
Dini sini sya ada petanyaan tentang..nombor hp yang kita gunakan buat pemonan kwsp sebelom ini..sudah tidak aktif lagi..jadi saya nak tukar ke nombor baru sya..
Encik boleh rujuk di sini : https://kerajaanonline.com/kemaskini-no-telefon-kwsp/
Pengeluaran kwsp
Hi, untuk pengeluran khas soalan keselamatan, macam mana jawap itu soalan keselamatan sebab i tekan tidak tapi dia keluar identiti tidak berjaya?
bagaimana cara sy nk tukar nbr talifon sy yg berada di kwsp..sbb nbr lama yg daftar dgn kwsp telah tak aktif..?