CARA DAFTAR MYJPJ MELALUI ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA DAFTAR MYJPJ MELALUI ONLINE

Pada 10 Februari 2023, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke telah mengumumkan bahawasanya pemilik kenderaan persendirian tidak perlu mempamerkan pelekat cukai jalan (roadtax) di kenderaan dan kad lesen memandu.

Pihak Kementerian Pengangkutan telah melancarkan mod paparan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Motor Digital (e-LMM).

Berdasarkan perkara di atas, peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana setiap LKM hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan yang berkenaan tidak lagi akan dikuatkuasakan.

Bagaimanakah cara daftar myjpj melalui online? Ikuti maklumat lanjut di sini.

CARA DAFTAR MYJPJ

PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR MYJPJ MELALUI ONLINE.

  1. Muat Turun Aplikasi MYJPJ.

    Pengguna Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
    Pengguna IOS : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
    Pengguna Huawei : https://appgallery.huawei.com/app/C107204517

  2. Buka Aplikasi MYJPJ.

  3. Tekan Butang Daftar Akuan Baharu.

  4. Isi Nombor Kad Pengenalan.

  5. Tekan Butang Hantar.

  6. Paparan Menunjukkan Butiran Maklumat.

  7. Isi Nombor Telefon.

  8. Isi Alamat E-Mel.

  9. Pengesahan E-Mel.

  10. Tekan Kotak Persetujuan Maklumat.

  11. Tekan Butang Hantar.

  12. Paparan Log Masuk Kali Pertama.

  13. Jawab Semua Soalan Keselamatan.

  14. Tekan Butang Seterusnya.

  15. Paparan Penepatan Kata Laluan.

  16. Cipta Kata Laluan.

  17. Tekan Butang Hantar.

  18. Terima Notifikasi Rekod Berjaya Di Simpan.

  19. Tekan Butang OK.

  20. Log Masuk Aplikasi MYJPJ.

  21. Selesai.

CARA SEMAKAN ROADTAX / LESEN MEMANDU DIGITAL

Untuk pengguna pertama kali, anda boleh ikuti langkah cara check roadtax/cukai jalan & lesen memandu digital di portal MyJPJ seperti di bawah :

  1. Buka Aplikasi MyJPJ.
  2. Sila isi ID Pengguna (No Kad Pengenalan).
  3. Isi Kata Laluan.
  4. Tekan Butang Log Masuk.
  5. Anda akan dipaparkan Senarai Perkhidmatan yang tersedia di dalam portal MyJPJ.
  6. Untuk lihat Pelekat Digital Roadtax/Cukai Jalan & Lesen Memandu, sila tekan butang Profil (bahagian bawah sebelah kiri anda).
  7. Paparan menunjukkan pilihan sama ada Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan Motor.
  8. Tekan butang tersebut untuk lihat paparan digital anda.
  9. Untuk perhatian anda, sila tekan butang paparan penuh untuk melihat Kod QR.
  10. Kod QR ini digunakan semasa pemeriksaan sekatan jalan raya.
  11. Anda hanya perlu tunjukkan sahaja Kod QR tersebut kepada pihak penguatkuasa.
  12. Selesai.

LUPA KATA LALUAN MYJPJ

Ikuti cara dapatkan password myjpj jika terlupa atau tamat tempoh :

  1. Buka aplikasi MyJPJ.
  2. Tekan Butang Terlupa Kata Laluan?
  3. Pengguna akan dibawa ke Halaman Terlupa Kata Laluan.
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan.
  5. Isi Alamat E-mel.
  6. Tekan Butang Hantar.
  7. Anda akan terima Notifikasi Kod Tac telah dihantar.
  8. Sila Semak E-mel anda.
  9. Isi Kod TAC yang telah dihantar ke E-mel.
  10. Kemudian, tekan butang Sahkan.
  11. Anda akan dibawa ke Halaman Tukar Kata Laluan.
  12. Cipta Kata Laluan baru anda.
  13. Kemudian, tekan butang Hantar.
  14. Notifikasi Telah Berjaya disimpan akan dipaparkan.
  15. Anda boleh Log Masuk MyJPJ menggunakan kata laluan baru.
  16. Selesai.

Baca juga : CARA CHECK STATUS STR

Leave a Comment