CARA NAK DAFTAR ASB ONLINE : MYASNB 2023 (CHECK DIVIDEN/SEMAK BAKI/PENGELUARAN)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA NAK DAFTAR ASB ONLINE : MYASNB 2023 (CHECK DIVIDEN/SEMAK BAKI/PENGELUARAN)

Pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah memperkenalkan MyASNB iaitu portal online untuk pelanggan ASB. Dengan adanya MyASNB ini akan membantu kebanyakan pelanggan untuk membuat urusan sama ada untuk buat semakan baki, tambah jumlah pelaburan serta untuk lihat jumlah dividen yang diterima setiap awal tahun selepas kadar dividen di umumkan.

Untuk tahun ini juga pihak MyASNB telah mengumumkan bahawa had pengeluaran melalui ASB online dinaikkan kepada RM2000 sebulan. Bermaksud di sini anda tidak lagi perlu ke Pejabat Pos, Bank atau Pejabat ASB untuk mengeluarkan dana pelaburan anda. Sangat mudah dan sangat menyenangkan kepada para pelanggan.

Sebagai maklumat untuk anda, portal MyASNB ini dimiliki penuh oleh Amanah Saham Nasional Berhad. ASB online ini adalah platform yang bukan sahaja mudah serta mesra pelanggan tetapi juga sangat selamat untuk digunakan kerana dengan adanya ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan pengguna tidak perlu risau tentang kehilangan simpanan atau pelaburan anda.

Jadi jika anda masih lagi belum memiliki akaun ASB online ini anda boleh lah segera mendaftar untuk memudahkan setiap urusan dan anda tidak lagi perlu keluar rumah tambahan di waktu pandemik Covid19 ini memang sangat sesuai untuk anda membuat urusan secara online.

Pihak kami akan kongsikan bagaimana cara nak daftar ASB online guna MyASNB secara terperinci dan mudah untuk anda ikuti di artikel di bawah. Sebelum itu pastikan anda membaca dahulu senarai perkhidmatan yang disediakan di dalam portal MyASNB serta syarat kelayakan untuk anda membuat ASB online.

Baca juga : CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI DENGAN BANK ISLAM, MAYBANK, CIMB DAN BANK RAKYAT.

SENARAI PERKHIDMATAN MYASNB

Berikut adalah beberapa perkhidmatan yang anda boleh lihat atau guna jika menggunakan ASB online iaitu MyASNB.

  • Membuat semakan baki akaun atau dana pelaburan.
  • Membuat tambahan dana pelaburan atau simpanan.
  • Melihat rekod transaksi setiap pertambahan atau pengeluaran anda.
  • Semak dividen pelaburan anda setiap awal tahun.
  • Kemaskini maklumat pelaburan.

SYARAT PENDAFTARAN ASB ONLINE (MYASNB)

Pastikan anda membaca syarat dibawah supaya tiada masalah semasa anda membuat pendaftaran ASB online.

  • Anda sudah berdaftar sebagai pelanggan ASB di mana-mana cawangan.
  • Pastikan nombor telefon anda telah dikemaskini di cawangan ASB.
  • Semasa pendaftaran pastikan anda menggunakan Google Chrome versi 50.0 dan ke atas, Mozilla Firefox atau Internet Explorer versi 10.0 dan ke atas.

Di bawah ini adalah cara untuk anda daftar ASB online menggunakan portal MyASNB. Sila ikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah ini.

CARA NAK DAFTAR ASB ONLINE

Panduan Pendaftaran ASB Online adalah seperti berikut :

  1. Sila masuk ke laman web rasmi MyASNB di bawah.

    Masuk ke portal MyASNB : https://www.myasnb.com.my/

  2. Cari butang DAFTAR DI SINI.

    Bahagian atas paparan pun ada butangnya dan bahagian bawah pun ada. Anda boleh tekan sahaja mana-mana butang Daftar Di Sini sama ada di bawah atau di atas.

  3. Tekan butang DAFTAR DI SINI.

  4. Sila baca langkah-langkah berkaitan pendaftaran portal MyASNB yang tertera.

  5. Kemudian, tekan TERUSKAN.

  6. Sila TICK pada kotak yang disediakan.

  7. Tekan SETUJU.

  8. Bahagian MAKLUMAT ASAS.

    Sila isi Maklumat Pemegang Unit iaitu maklumat anda.

  9. Sila pilih JENIS KP.

  10. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.

  11. Pilih SATU PRODUK ASNB YANG DILANGGANI.

    Jika sebelum ini anda membuat pelaburan di ASB sila pilih Amanah Saham Bumiputera. Sila pilih satu sahaja jika anda mempunyai pelbagai jenis dana. Nanti di dalam sistem akan keluar semua dana yang anda laburkan. Pilih je Amanah Saham Bumiputera sebab hampir semua pelanggan mempunyai dana ini.

  12. Abaikan KOD RUJUKAN UNTUK PENDAFTARAN PORTAL.

    Anda tidak perlu isi kod rujukan ini.

  13. Klik SETERUSNYA.

  14. Sila buat PENGESAHAN TAC NO

  15. Klik pada PERMINTAAN TAC NO

  16. Nombor TAC 6 DIGIT akan dihantar ke nombor telefon anda yang telah didaftarkan di cawangan.

  17. Dan isi NOMBOR TAC tersebut.

  18. Kemudian, klik SETERUSNYA.

  19. Sila cipta atau reka ID PENGGUNA anda.

    ID Pengguna ini adalah seperti Username. Sila cipta atau reka contohnya sayasayanganda2021.

  20. Dan cipta atau reka FRASA KESELAMATAN

    Anda bebas untuk letak apa sahaja dan pastikan anda seorang sahaja yang tahui Frasa Keselamatan ini untuk tujuan keselamatan.

  21. Sila pilih 3 SOALAN dan JAWAB 3 JAWAPAN.

  22. Dan klik TAMAT.

  23. Pastikan anda INGAT dan SIMPAN maklumat ID PENGGUNA & FRASA KESELAMATAN.

  24. Pendaftaran MyASNB anda telah berjaya.

  25. Setelah pendaftaran berjaya, anda akan diberikan KATA LALUAN/PASSWORD SEMENTARA.

  26. Sila SIMPAN KATA LALUAN/PASSWORD SEMENTARA untuk log masuk buat pertama kali.

  27. Kemudian LOG MASUK ke MYASNB di link NO 1 di atas.

  28. Tekan LOG MASUK.

  29. Masukkan ID PENGGUNA anda tadi.

  30. Klik TERUSKAN.

  31. Tandakan YA atau TIDAK untuk FRASA KESELAMATAN.

    Jika Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah seperti yang anda cipta tadi sila tekan YA. Jika berlainan bermaksud anda silap masukkan ID Pengguna. Pastikan anda masukkan ID Pengguna anda dengan betul seperti yang anda cipta semasa pendaftaran tadi.

  32. Masukkan KATA LALUAN/PASSWORD anda.

  33. Klik TERUSKAN.

  34. Selepas itu, sistem akan meminta anda supaya MENUKAR KATA LALUAN/PASSWORD baru.

  35. Sila klik TUKAR KATA LALUAN/PASSWORD.

  36. Setelah anda membuat penukaran KATA LALUAN/PASSWORD sila LOG MASUK semula dengan menggunakan KATA LALUAN/PASSWORD yang baru anda cipta tadi.

  37. Sekarang semua proses DAFTAR ASB ONLINE DI MYASNB telah berjaya.

    Anda boleh masuk ke MYASNB untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan dengan mudah dan cepat. Semoga berjaya.

Bagaimana cara nak daftar ASB online?

Caranya adalah masuk ke laman web MYASNB dan daftar di situ. Ikuti panduan lengkap pendaftaran ASB online di dalam artikel ini. Cepat dan Senang faham.

Mengapa saya perlu mengemaskini nombor telefon bimbit saya sebelum membuat pendaftaran MyASNB?

Ya, anda perlu mengemaskini nombor telefon bimbit anda kerana untuk setiap transaksi yang dilakukan, kod TAC akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang didaftarkan sebelum anda boleh melengkapkan transaksi.

Berapakah jumlah minimum dan maksimum yang dibenarkan bagi jualan balik ASB online?

Had minimum adalah RM100 manakala had maksimum adalah RM1000 bagi setiap satu (1) bulan kalendar terkumpul utk kesemua unit amanah ASNB.

Bilakah dan bagaimanakah wang hasil jualan balik unit amanah ASNB saya akan diterima jika menggunakan ASB online?

Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja berikutnya. Sekiranya wang anda tidak dapat dikreditkan (contoh: maklumat bank yang tidak tepat), unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

2 thoughts on “CARA NAK DAFTAR ASB ONLINE : MYASNB 2023 (CHECK DIVIDEN/SEMAK BAKI/PENGELUARAN)”

Leave a Comment