JAWATAN KOSONG MARA 2023 : PERMOHONAN & IKLAN TERKINI
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon yang berkelayakan dan berciri modal insan yang kompeten serta bersifat dengan nilai murni, berintegriti, berfikiran dinamik, berkeyakinan tinggi dan bersikap komited untuk mengisi kekosongan jawatan secara lantikan tetap atau kontrak.
Apakah jawatan kosong mara 2023 terkini? Bagaimanakah cara permohonan secara online? Info lanjut boleh rujuk di sini.
Baca juga : SEMAK KEPUTUSAN SPM : SEMAKAN ONLINE DAN SMS/RAYUAN SEMAK SEMULA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Calon yang berminat boleh memohon bagi kerja kosong yang dinyatakan sebelum tarikh tutup : 4 Jun 2023.
JAWATAN KOSONG MARA 2023
Berikut adalah maklumat terkini kekosongan jawatan.
TARAF JAWATAN IKLAN TERKINI
Kerja kosong yang diiklankan bertaraf Kontrak.
BIL. | JAWATAN | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM |
1. | PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (GRED DV41) BIDANG : 1. BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (OPERASI LOJI) 2. BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (OPERASI PESISIR) 3. BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN (MAKMAL)(KKTM LEDANG, JOHOR) 4. BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (SISTEM TERMAJU)(KKTM SRI GADING, JOHOR) 5. BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (PEMODELAN MAKLUMAT BANGUNAN) (KKTM SRI GADING, JOHOR) 6. BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BIOKIMIA (MAKANAN) (KKTM LENGGONG, PERAK) 7. BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN FABRIKASI STRUKTUR (IKM BINTULU, SARAWAK) 8. BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (ACUAN TEKAN) (KKTM BALIK PULAU, PULAU PINANG) | RM 2,322.00 | RM 9,643.00 |
2. | PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (GRED DV29/DV30) BIDANG : 1. BIDANG TEKNOLOGI MARIN (IKM BESERI, PERLIS) 2. BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKAN (IKM SIK, KEDAH) 3. BIDANG TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN (IKM KOTA KINABALU, SABAH) 4. BIDANG KOMPETENSI ELEKTRIK (DOMESTIK DAN INDUSTRI) (IKM KOTA KINABALU, SABAH) 5. BIDANG KOMPETENSI ELEKTRIK (KUASA)(IKM KOTA KINABALU, SABAH) 6. BIDANG TEKNOLOGI LUKISAN REKABENTUK (MEKANIKAL)(IKM KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN) 7. BIDANG TEKNOLOGI BANGUNAN (IKM KUCHING, SARAWAK) | RM 1,549.00 | RM 5,701.00 |
3. | PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (GRED DV19) BIDANG : 1. BIDANG TEKNOLOGI MARIN (IKM BESERI, PERLIS) 2. BIDANG KOMPETENSI ELEKTRIK (DOMESTIK DAN INDUSTRI) (ZON SABAH DAN SARAWAK SAHAJA) 3. BIDANG KOMPETENSI ELEKTRIK (KUASA) (ZON SABAH DAN SARAWAK SAHAJA) 4. BIDANG TEKNOLOGI KIMPALAN (IKM KUCHING, SARAWAK) | RM 1,377.00 | RM 4,052.00 |
4. | PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (GRED J19) | RM 1,377.00 | RM 4,052.00 |
CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MARA
PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MARA 2023 & TERKINI.
- Sila tekan pautan rasmi portal permohonan kerja kosong MARA di sini : https://apps.mara.gov.my/vacancy/.
- Paparan halaman utama Permohonan Jawatan Dalam MARA Secara Online.
- Tekan butang [Permohonan Baru].
- Baca dengan teliti syarat yang dinyatakan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Tekan butang [Mohon].
- Anda dibawa ke Ruangan Borang Permohonan online.
- Pilih Jawatan yang dikehendaki.
- Isi [Maklumat Peribadi Pemohon].
- Isi [Maklumat Kelulusan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)], jika anda sedang berkhidmat sebagai penjawat awam.
- Kemudian, isi [Maklumat Akademik Pemohon].
- Lengkapkan butiran di bahagian [PENGALAMAN KERJA].
Sekiranya ada pengalaman bekerja sebelum ini.
- Pada bahagian [Perakuan Pemohon] sila pastikan maklumat dan butiran yang diisi adalah benar dan sahih.
- Seterusnya, buat semakan borang permohonan.
- Tekan butang [Hantar].
- Pastikan permohonan berjaya dihantar.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MARA 2023
SYARAT UTAMA LANTIKAN
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Calon bagi lantikan jawatan 1 hingga 4 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pemohon yang berminat, anda boleh buat semakan syarat lantikan yang dinyatakan bagi setiap jawatan di bawah ini :
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan anda boleh hubungi bantuan di talian bantuan di bawah ini :
Hotline MARA : 03-2613 2000 sambungan : 34428, 34429, 34430.
JAWATAN KOSONG KERAJAAN BERKAITAN