CARA BUAT MYPORTFOLIO DALAM HRMIS : CARA ISI & FORMAT
Untuk makluman kepada anda yang merupakan kakitangan kerajaan Malaysia, anda dikehendaki membuat MyPortfolio di dalam HRMIS.
MyPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation).
Bagaimanakah cara buat/isi/format MyPortfolio dalam HRMIS?
APA ITU MYPORTFOLIO HRMIS
Untuk pengetahuan anda, MyPortfolio adalah penjenamaan semula Fail Meja yang sebelum ini, jika dilihat pekeliling Fail Meja adalah PKPA Bil 8/1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
Selaras dengan perkembangan semasa, revolusi perindustrian keempat, ia telah dikaji semula dan ditambah baik, maka Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan.
Ia juga satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation).
TUJUAN MYPORTFOLIO
Secara prinsipnya berupaya bertindak sebagai radas dalam bidang pengurusan sumber manusia sektor awam seperti pelan penggantian (succession planning), pementoran (mentoring), bimbingan khusus (coaching), dan latihan (training). Sebagai contoh, myPortfolio boleh dimanfaatkan dalam program pementoran (mentoring).
Ini boleh dilakukan dengan mengenal pasti mentor dan mentee melalui kandungan Deskripsi Tugas dengan tujuan bagi memindahkan pengetahuan kerja, tacit knowledge dan sokongan kepada perkembangan kerjaya mentee.
CIRI-CIRI MYPORTFOLIO
Di bawah adalah beberapa ciri-ciri MyPortfolio :
PERKARA | CIRI-CIRI MYPORTFOLIO |
Ciri-ciri MyPortfolio | 1. MyPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan. 2. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai MyPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi. 3. MyPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan. 4. MyPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan. |
KOMPONEN MYPORTFOLIO
Berikut ialah beberapa komponen yang terdapat di dalam MyPortfolio :
- Carta Organisasi
- Carta Fungsi
- Aktiviti-aktiviti Bagi Fungsi
- Deskripsi Tugas
- Proses Kerja
- Carta Alir
- Senarai Semak
- Senarai Undang-undang, Peraturan dan Punca Kuasa
- Senarai Borang
- Senarai Jawatankuasa Yang Dianggotai
CARA BUAT MYPORTFOLIO
CARA BUAT MYPORTFOLIO DALAM HRMIS DAN CARA ISI SERTA FORMAT UNTUK GURU/JPA.
- Sila Log Masuk ke HRMIS anda di sini : https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
- Masukkan ID PENGGUNA anda.
- Masukkan KATA LALUAN anda.
- Kemudian, klik [HANTAR].
- Paparan Utama HRMIS anda akan di paparkan.
- Untuk buat/isi MyPortfolio, cari [DATA PERJAWATAN].
Di bawah DATA PERJAWATAN tersebut terdapat Deskripsi Tugas dan myPortfolio.
- Klik [myPortfolio].
- Anda akan dipaparkan [Selamat Datang ke MYPORTFOLIO] dan beberapa menu pilihan di bahagian kiri anda.
- Kemudian, pergi ke menu sebelah kiri anda, terdapat menu [FUNGSI] dan akan keluar menu [PEMILIK KOMPETENSI].
- Sila klik [PEMILIK KOMPETENSI].
- Anda akan dipaparkan [MAKLUMAT PERIBADI & JAWATAN] anda.
- Kemudian, anda lihat di bawah MAKLUMAT PERIBADI tersebut terdapat bahagian [SENARAI DOKUMEN MYPORTFOLIO].
Jika anda tidak pernah membuat myPortfolio, data akan menunjukkan [TIADA REKOD MYPORTFOLIO].
- Untuk buat myPortfolio, sila lihat di bawah sekali terdapat butang [TAMBAH].
- Klik butang [TAMBAH] dan anda akan menerima notifikasi [Tambah myPortfolio baharu. Adakah anda pasti?].
- Klik [OK] dan anda akan lihat notifikasi [myPortfolio baharu berjaya dicipta.] Klik [OK].
- Paparan skrin anda akan menunjukkan 2 bahagian penting iaitu [MAKLUMAT UMUM & MAKLUMAT KHUSUS].
- Untuk panduan seterusnya, anda boleh rujuk di video yang pihak kami sediakan di bawah.
- Selesai.
VIDEO CARA ISI MYPORTFOLIO DALAM HRMIS
Sumber video ini dari : Channel Youtube Cikgu Hayati.
ARTIKEL LAIN