CARA RENEW PASSPORT ONLINE : 2023
Untuk makluman anda, disebabkan pertambahan jumlah pelanggan yang ingin memperbaharui Passport, pihak Imigresen Malaysia telahpun memperkenalkan Platform Online Khusus untuk Renew Passport. Platform online yang diperkenalkan ini dikenali sebagai MyOnline Passport.
Bagaimanakah cara renew passport online 2023? Info lanjut boleh lihat di sini.
Baca juga : BKM HASIL GOV MY : LINK SEMAKAN DAN PERMOHONAN ONLINE BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
APA ITU IMIGRESEN-ONLINE.IMI.GOV.MY
Imigresen-online.imi.gov.my merupakan Laman/Portal Web Rasmi Renew Passport yang dilancarkan oleh pihak Imigresen Malaysia untuk memudahkan urusan pembaharuan passport tanpa perlu ke kaunter.
Sistem Pembayaran adalah menerusi FPX iaitu secara online, anda hanya perlu hadir ke kaunter Jabatan Imegresen Malaysia yang berdekatan untuk dapatkan passport yang telah diperbaharui.
Untuk pengetahuan anda, kelulusan menerusi MyOnline Pasport akan diketahui dalam masa tiga (3) hari bekerja melalui notifikasi yang dihantar kepada Emel Pemohon. Sekiranya pemohon tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut, sila hadir ke pejabat.
Pemohon yang mempunyai masalah Cap Jari boleh meneruskan bayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari.
SYARAT RENEW PASSPORT ONLINE
Berikut adalah syarat untuk renew Passport menerusi online :
PERKARA | INFO |
Siapakah yang layak Renew Passport Online? | Untuk Pemohon yang Passportnya telah TAMAT TEMPOH sahaja. |
Siapakah yang tidak boleh Renew Passport Online? | Pemohon yang Passportnya telah HILANG atau ROSAK dimana TIDAK BOLEH dilakukan secara online, anda dikehendaki Walk In terus ke Pejabat Imigresen untuk lakukan urusan berkenaan. |
CARA RENEW PASSPORT ONLINE
PANDUAN LENGKAP CARA RENEW PASSPORT ONLINE.
- Klik Link Rasmi Renew Passport Online di sini : https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?passportPMA.
- Pemohon akan dibawa ke Laman MyOnline Pasport – PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA).
- Klik [SETUJU] setelah anda membaca semua Terma dan Syarat yang dinyatakan.
- Sekarang pemohon akan berada di Laman Utama Permohonan Pembaharuan Passport.
- Sila isi MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN.
- Masukkan Maklumat dan Butiran Pemohon yang diperlukan untuk melengkapkan pembaharuan pasport.
- Pastikan pemohon sudah sediakan Passport Lama untuk memudahkan rujukan semasa permohonan pembaharuan.
- Seterusnya, PILIH CAWANGAN KUTIPAN.
- Pemohon boleh memilih Cawangan Kutipan Passport yang sudah RENEW di Cawangan yang berdekatan dengan pemohon.
- UPLOAD GAMBAR PASSPORT.
- Sila MuatNaik/Upload Softcopy Gambar mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
1. Background WAJIB berwarna PUTIH.
2. Pakaian Warna Gelap.
3. Untuk Perempuan Bertudung, WAJIB pakai Tudung Berwarna Gelap. - PEMBAYARAN RENEW PASSPORT.
- Lengkapkan pembayaran dengan menggunakan fungsi perbankan internet atau debit kad/kredit kad.
- SIMPA RESIT BAYARAN.
- Apabila urusan Pembayaran selesai, pemohon akan menerima Maklumat Transaksi seperti Status, Nombor Resit, Cawangan Kutipan, Tarikh Kutipan dan Masa Kutipan.
- Sila bawa bersama pemohon Resit, Kad Pengenalan dan Passport asal. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.
- Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil passport dan wakil tidak dibenarkan.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS PASSPORT ONLINE
Apabila selesainya membuat pembayaran, pemohon boleh membuat semakan di MyOnline Passport untuk mengetahui Status sama ada passport baru anda sudah siap untuk dikutip atau masih dalam proses.
Berikut adalah pautan/link untuk pemohon membuat Semakan Status Passport Online :
PERKARA | PAUTAN/LINK |
Semakan Status Kelulusan Renew Passport Online | Klik Link Check Status Passport Online : https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?semakPMA. |
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan dan persoalan, pemohon boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini :