biasiswa petronas lepasan spm

BIASISWA PETRONAS LEPASAN SPM 2022 : PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN SPONSORSHIP PESP

BIASISWA PETRONAS LEPASAN SPM 2022 : PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN SPONSORSHIP PESP

Untuk makluman calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, anda boleh mula membuat permohonan Biasiswa Petronas bermula pada 16 Jun 2022 ini di hari yang sama semakan keputusan SPM di myresultspm dikeluarkan.

Biasiswa ini dikenali sebagai PETRONAS Education Sponsorship Programme atau singkatannya adalah (PESP) khas kepada lepasan SPM.

Artikel berkaitan : MYRESULT SPM GOV MY 2022 ONLINE & SMS

BIASISWA PETRONAS LEPASAN SPM

Merupakan tajaan daripada Petronas kepada pelajar yang layak dan berani mendorong batas secara akademik, serta memiliki prestasi dan keupayaan kepimpinan.

Ia adalah cara pihak Petronas membentuk bakat yang berpotensi dan dapat menyumbang kembali kepada syarikat dan negara.

Pemohon yang layak akan disenarai pendek dan akan melalui proses temuduga sebelum pemilihan akhir.

SENARAI COURSE SPONSORSHIP PETRONAS 2022

Berikut adalah senarai Khusus/Bidang yang disponsor oleh PETRONAS :

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum
  • GeoSains
  • Kimia Gunaan
  • Biokimia
  • Sains Persekitaran
  • Sains Aktuari
  • Sains Komputer
  • Statistik
  • Matematik
  • Akauntan
  • Ekonomi
  • Undang-undang
  • Psikologi
  • Sosiologi
  • Pengurusan Perniagaan

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA PETRONAS 2022

Makluman untuk pemohon, sponsorship ini bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda (Bachelor) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang disenaraikan di bawah ini :

  1. Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) termasuk Program Asasi 1 tahun
  2. Universiti Awam (UA) di Malaysia termasuk tempoh wajib
  3. Program Matrikulasi / Asasi
  4. Universiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia

Bagi syarat am dan khusus, pemohon boleh semak di laman rasmi ini : https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Login?fbclid=IwAR04IGwxs1IYLLJAiDuuDr_O3Z2HLdLqAWiCGKNtk7K9lCrOBow4ejIdxQc

TARIKH PERMOHONAN BIASISWA PETRONAS LEPASAN SPM 2022

Permohonan akan dibuka bermula pada 16 Jun 2022 (10 pagi) sehingga 22 Jun 2022 (5 petang).

PERMOHONAN BIASISWA PETRONAS LEPASAN SPM 2022

Untuk memohon Sponsorship ini, permohonan akan dibuka melalui online di Laman Web Rasmi PESP di sini : https://educationsponsorship.petronas.com.my

Pemohon dikehendaki membuat pendaftaran menerusi klik di [REGISTER] dan mengisi Maklumat Peribadi serta Maklumat Akademik berdasarkan apa yang diminta diruangan tersebut.

Pastikan semua Butiran yang diisi adalah tepat dan sahih sebelum menghantar borang permohonan online.

Seandainya, pemohon telah menghantar dan ingin lakukan perubahan untuk pembetulan kesilapan, anda boleh hubungi talian hotline PETRONAS di talian 03 –2331 2277/ 03 – 2331 2299/ 03 – 2331 3311
9 pagi – 5 petang (Isnin hingga Jumaat) / 9 pagi – 2 petang (Sabtu dan Ahad). Sila sertakankan sekali Nombor IC, Username, Emel untuk tujuan pengesahan.

Selain itu juga, anda boleh mohon untuk membuat perubahan maklumat melalui khidmat Emel di [email protected].

CHECK STATUS SPONSORSHIP PETRONAS 2022

Kepada pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh PETRONAS melalui SMS atau Emel dan sistem PESP di sini : https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS

RUJUKAN

Jika anda mempunyai sebarang soalan ataupun pertanyaan, sila hubungi pihak berwajib di bawah ini.

Nombor Hotline Sponsorship Petronas : 03 –2331 2277/ 03 – 2331 2299/ 03 – 2331 3311

Leave a Reply