E PEMULA RM 150 CARA TEBUS/CLAIM/TUNTUT EWALLET SHOPEEPAY/BOOST/TOUCH N GO/GRABPAY

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

E PEMULA RM 150 CARA TEBUS/CLAIM/TUNTUT EWALLET SHOPEEPAY/BOOST/TOUCH N GO/GRABPAY

Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Belia 2022 atau ePemula.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Baca juga:

SYARAT PERMOHONAN E PEMULA RM 150

Apakah syarat-syarat permohonan e pemula?

Lihat artikel di bawah:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 hingga 2004); ATAU
  3. Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (IPT)

TARIKH PERMOHONAN E PEMULA 2022

Bilakah tarikh permohonan e pemula dibuka?

Rujuk artikel di bawah:

Program ePemula ini akan bermula pada 11 April 2022.

CARA TEBUS EWALLET RM 150

Bagaimanakah cara menebus ewallet RM 150 2022?

Rujuk artikel berikut:

Berikut adalah cara membuat penebusan bagi setiap rangkaian e-Wallet yang terlibat

TEBUS EWALLET SHOPEEPAY

  1. Buka aplikasi Shopee.
  2. Sila tekan ‘Claim ePemula RM150’.
  3. Aktifkan dan buat pengesahan akaun (verify) ShopeePay anda.
  4. Untuk membuat pengesahan, anda hanya perlu mengambil selfie dan melengkapkan maklumat peribadi anda.
  5. RM150 dari kerajaan akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda dan anda layak untuk mendapatkan ganjaran ekslusif ePemula dari Shopee!
  6. Penebusan bermula mulai jam 8 pagi, 11 April 2022.

Maklumat lanjut: https://shopee.com.my/m/shopee-epemula-frequently-asked-questions

TEBUS EWALLET BOOST

  1. Muat turun aplikasi Boost di telefon pintar anda.
  2. Bagi yang sudah ada, updgrade kepada Boost Premium.
  3. Sahkan atau verify akaun Boost anda. Pastikan nombor kad pengenalan yang digunakan adalah kad pengenalan anda.
  4. Klik “Get ready to claim eBelia” dan ikut arahan yang diberikan jika program itu sudah dimulakan.

TEBUS EWALLET TOUCH N GO

  1. Pastikan anda memuat turun Touch ‘n Go eWallet
  2. Sila lengkapkan Pengesahan Akaun anda
  3. Kemudian aktifkan pengesahan IC dan selfie
  4. Lengkapkan butiran peribadi anda pada ruang yang disediakan.
  5. Dah settle? Sekarang anda bolehlah tuntut kredit RM150 berserta bonus-bonus hebat – khas untuk penebusan terawal sahaja!

Maklumat lanjut: https://www.touchngo.com.my/epemula/

TEBUS EWALLET GRABPAY

  1. Buka aplikasi Grab
  2. Lihat pada paparan utama. Anda akan nampak ‘Claim RM360 worth of vouchers with ePemula’
  3. Kemudian anda hanya perlu buat pengesahan identiti di akaun GrabPay anda.
  4. Setelah selesai, bolehlah anda menggunakan ganjaran ePemula yang dikreditkan ke akaun anda. Melalui GrabPay, anda akan mendapat:
  • RM150 kredit ewallet ePemula
  • RM150 voucher GrabFood
  • RM60 promo terpilih dari merchant Grab

Maklumat lanjut: https://www.grab.com/my/campaign/epemula/

1 thought on “E PEMULA RM 150 CARA TEBUS/CLAIM/TUNTUT EWALLET SHOPEEPAY/BOOST/TOUCH N GO/GRABPAY”

Leave a Comment