CARA BUAT ADUAN MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI
Pernahkah anda alami situasi di mana anda mengaharapkan gaji anda dimasukkan on time pada tarikh yang ditetapkan tetapi majikan anda tidak membayar gaji on time dan tidak di bayar gaji langsung? Sekiranya pernah apa tindakan yang anda kena buat. Mesti anda ingin mengetahui tindakan yang perlu dilakukan. Disini kami kongsikan panduan ape tindakan yang perlu dibuat mengikut undang-undang di Malaysia jika majikan tidak bayar gaji.
BACA JUGA : SENARAI PELEPASAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2021/2022 UNTUK PENGURANGAN SEMASA MENGISI E-FILING LHDN
CARA BUAT ADUAN MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI
TINDAKAN SEKIRANYA TIDAK DIBAYAR GAJI MENGIKUT MASA SEPATUTNYA
Mengikut Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955, pembayarn gaji sepatutnya dibayar dalam tempoh 7 hari selepas hari terakhir tempoh gaji (biasanya sebulan). Ini bermaksud gaji seterusnya patut diterima sebelum 7 hari bulan depan. Tetapi sebaiknya anda dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu supaya mencapai kesepakatan. Sekiranya masih berlanjutan, berikut adalah merupakan tindakan yang anda perlu lakukan:
- Memfailkan aduan dengan menghantar surat rasmi kepada Jabatan Buruh yang terdekat
- e-mel ke jtksm@mohr.gov.my, atau
- Lawati pejabat Jabatan Tenaga Kerja tempatan terdekat, atau
- Hubungi 03-8000 8000.
- Menyediakan salinan dokumen sokongan seperti surat tawaran atau kontrak berkaitan.
- Selepas aduan dibuat, anda dinasihatkan untuk menunggu notis selanjutnya dari Jabatan Tenaga Kerja (semasa siasatan dilakukan)
- Pegawai Buruh boleh menghubungi majikan anda mengenai tuntutan yang dibuat.
- Sekiranya majikan terima tuntutan dan setuju untuk membayar: kes itu dianggap selesai dan anda dikehendaki tarik balik tuntutan yang dibuat.
- Sekiranya majikan mempertikaikan tuntutan anda: Pegawai Buruh akan menetapkan tarikh untuk mendengar kes anda di Mahkamah Buruh.
- Kedua-dua pihak dikehendaki menghadiri pendengaran tersebut. Pengadu akan dimaklumkan melalui surat dan saman akan dikeluarkan kepada terdakwa iaitu majikan anda.
- Anda boleh membuat pilihan samaada untuk mewakili diri sendiri, atau diwakili oleh kesatuan sekerja, seorang peguam atau pegawai dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
- Pada akhir pendengaran, Pegawai Penguasa akan membuat suatu perintah secara lisan atau bertulis. Mana-mana pihak yang tak berpuas hati dengan keputusan Pegawai Yang Mengendalikan boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan itu.
- Sekiranya defendan (majikan) tidak merayu kepada Mahkamah Tinggi dan tidak mahu mematuhi perintah Mahkamah Buruh, Pejabat Buruh akan membantu menguatkuasakan perintahnya di Mahkamah Sesyen (Sivil) untuk mendapatkan semula wang yang dituntut tu.
TINDAKAN SEKIRANYA TIDAK DIBAYAR GAJI SELEPAS BERHENTI
Sekiranya anda telah ditamatkan perkhidmatan atau berhenti kerja dan bekas majikan masih tak bayar gaji.Berikut adalah tindakan yang harus dibuat:
- Mengikut Akta Pekerjaan 1955 di bawah:
- Pembayaran atas penamatan biasa kontrak – Gaji yang sepatutnya diperolehi tetapi belum lagi dibayar kepada seseorang pekerja yang mana kontrak perkhidmatannya tamat mengikut seksyen 11 (1) atau seksyen 12 hendaklah dibayar kepada pekerja tersebut tidak lewat daripada hari di mana kontrak perkhidmatan itu tamat.
- Semestinya gaji akhir anda perlu dibayar pada tarikh kontrak anda dengan syarikat tersebut ditamatkan secara rasmi.
- Sekiranya anda masih tidak dapat juga gaji anda, anda seharusnya pergi ke Pejabat Buruh dan failkan tuntutan korang di bawah Seksyen 69 Akta Penggajian 1955.
- Caranya anda boleh Rujuk kepada Situasi di atas (majikan tidak bayar gaji on time) untuk mengetahui apa langkah-langkah yang perlu diambil.
Gaji tidak bayar tolong buat tindakan atas majikan saya
Boss saya Bayar Gaji Lambat tak betul Minta pay slip September sampai sekarang senyap block saya
hi saya pekerja dari Cameron..boss saya selalu bayar lambat gaji .selalu dapat 10 hb ,selalu kena hari-hari mintak gaji baru dye masok
Gaji saya 3 bulan tak dibayar oleh majikan.. Sekarang saya masih bekerja di setia security lagi menunggu gaji…
Tokey tak bayar gaji saya
Nak Tanya sekarang selaras gaji rm1500..
Adakah rm1500 TU akan tolak kwsp rm200..sebabnya staff lama hanya DAPAT gaji rm1300 Setiap BULAN Lepas KONTRAK..Majikan tak PERNAH bagi slip gaji..MINTA pon dikata nanti sy akan bagi..
majikan paksa kerja,dan mengugut tidak membayar gaji.
kalau itu gaji part-time, so tiada kontrak dibuat, just a verbal agreement, mcm mna?
Aduan sudah buat di pejabat buruh tetapi majikan masih tak mahu bayar, pejabat buruh pun dah tak blh buat apa, lepas tangan suruh tuntut sendiri upah lawyer di mahkamah….ada patut ke, Majikan lebih besar ke daripada Pejabat Buruh Malaysia tu
Sy mahu berhenti kerja dan sudah bgi notis sebulan . Selepas 2 ari bos terus buang sy.. sy da kerja lebih setahun dan tk pernah buat hal ape² . . Surat comfrem pun ade . Boleh ke sy buat report buruh
Assalamualaikum dan selamat petang. Saya telah MC selama 2 bulan diatas kemalangan ditempat kerja . Semasa saya didalam MC ini gaji masih (berjalan) atau (tidak) kerana MC pun belum habis dan claim sokso pun belum boleh buat .
nak tanya juga..majikan panggil masuk kerja,,tiada offer letter pastu dh sampai hujung bulan bgtau tak dapat 2 student tak dapat gaji.seblom ni masuk takde plak bgtau.masa interview pun takde bgtau.cuma bgtau basic rm 1500+rm 300 +komisyen 1 student rm 200.dh hampir 1 buk
lam
n kerja baru bgtau tak dapat student 2 org takde basic..mcm mana nak buat…tiada offer letter,tapi bukti kerja ade
Saya bekas pekerja elektrik main contracter 91upkat kem 1div muara tuang.bos saya dgn nama panggilan arebey mengizinkan kami bertiga(pekerja) membuat kerja2 subcont ditempat yg ku kami jagakan.tetapi payment untuk saya kerjakan tidak cukup seperti dijanjikan.apa saya harus lakukan dan semua bukti gambar saya pun ada pada saya dan telah saya postkan di fb krn bos saya tdk mh menjawap whattsapp saya.
Saya kerja contrator dapat 1 bos cina perempuan aunty..kerja renovation hotel ion delemen genting hilang
. Tahun 2022 3 bulan street kerja November sampai raya puasa bagi gaji kira rm9355k..tolak sewa rumah pinjam balance 3kpastu dari raya puasa sehingga la Disember 2023 gara gara motor rosak nak buat advance repair motor tahu baca elok …bos cina komunis ni cakap kita ingat dia mcm ATM ..suka suka minta duit eh sebab projek dah nak siap ..7 bulan …rm180 perday berapa bosku.32k ni baucar dia yang bagi rm180 per day 1 bulan cuba pihak sana kira ..
Saya kerja contrator dapat 1 bos cina perempuan aunty..kerja renovation hotel ion delemen genting hilang
. Tahun 2022 3 bulan street kerja November sampai raya puasa bagi gaji kira rm9355k..tolak sewa rumah pinjam balance 3kpastu dari raya puasa sehingga la Disember 2023 gara gara motor rosak nak buat advance repair motor tahu baca elok …bos cina ni cakap kita ingat dia mcm ATM ..suka suka minta duit eh sebab projek dah nak siap ..7 bulan …rm180 perday berapa bosku.32k ni baucar dia yang bagi rm180 per day 1 bulan cuba pihak sana kira ..