CARA CHECK LINE DI RUMAH : CEK COVERAGE INTERNET MALAYSIA PALING LAJU

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA CHECK LINE DI RUMAH : CEK COVERAGE INTERNET MALAYSIA PALING LAJU

Sering tertanya-tanya signal telco mana yang paling laju di kawasan anda? Persoalan ni biasa timbul bila kita nak buat kerja tapi signal macam siput. Mula lah nak survey mana yang laju.

Selain tu ada jugak yang teringin nak pasang unifi tapi kawasan belum ada coverage fibre. So option yang ada hanyalah signal dari telco provider macam celcom, maxis, umobile, unifi mobile, digi dan lain-lain.

Zaman sekarang kan era digital. Semua dah mudah. Untuk cek signal telco mana yang paling bagus di kawasan kediaman, anda dah tak perlu tanya kawan yang pakai telco berbeza atau visit kedai jual simkad satu persatu.

Apa yang perlu anda buat hanyalah download Opensignal app. Aplikasi percuma ni akan bantu anda semak coverage semua telco sekaligus! Mudah kan?

Baca juga artikel lain : CHECK UNIFI COVERAGE ONLINE : CARA NAK SEMAK LINE ADA ATAU TIDAK

CARA CHECK LINE DI RUMAH GUNA OPEN SIGNAL APP

Check Internet Coverage In My Area

Anda boleh download aplikasi ini di google playstore atau apple store. Lepas dah download install macam biasa. Nanti bila dah siap install, anda akan dapat paparan macam ni.

CARA CHECK LINE DI RUMAH

Anda akan nampak paparan macam ni. Nampak kan tab seperti yang saya tanda merah di atas? Ada 4 tab kesemuanya. Tab pertama tu paparan utama.

OPENSIGNAL SPEED TEST

Check Line Internet Speed

Untuk tab ni, anda boleh test berapa laju signal telco atau internet speed yang anda pakai. Then ada button history tu tunjuk antara test yang pernah anda buat sebelum ni. Ingat ye, test ni untuk telco yang sedang anda pakai sahaja.

2nd Tab untuk tengok statistik. Itu just information je. Jom skip dan tengok part yang paling penting dalam aplikasi ni. Ok di bahagian tab ke 3, ada icon pin tu kan. Klik situ. Paparan akan jadi macam gambar di bawah:

CARA CHECK LINE DI RUMAH

Then anda klik je “View Network Stats”. Nanti akan keluar paparan opensignal speed test macam kat bawah ni.

Kalau tengok data opensignal speed test sini, telco maxis paling laju diikuti u mobile dan seterusnya. Just info, data ni bukan real-time tau.

COVERAGE INTERNET PALING LAJU

Check Line Coverage

Data yang dipaparkan tu data yang aplikasi ni collect dalam tempoh 60 hari sebelumnya but still is a good indicator untuk menunjukkan kekuatan signal telco bagi kawasan masing-masing.

Dari paparan ini, korang boleh slide ke sebelah kanan dan akan nampak macam ni pulak.

Latency ni berapa laju (ms) masa yang diperlukan oleh phone hantar data ke internet dan patah balik. Lagi rendah latency maknanya lagi bagus.

Opensignal ni ada produce report setiap bulan kalau tak silap. Di sini saya kongsikan poster presentation bulan september 2020.

Cara Nak Tahu Line Laju

Anda boleh nilaikan sendiri telco provider mana yang power based on data collection via aplikasi ni.

But still, data ni menyeluruh. Please rujuk signal telco kawasan masing-masing ok!

Bagi anda yang memerlukan internet, namun kawasan belum ada coverage unifi fibre broadband ataupun port penuh, boleh lah menggunakan aplikasi opensignal ini untuk check signal.So lepas ni anda boleh layan internet dengan senang hati.

RUJUKAN

Opensignal, sebuah aplikasi percuma yang dipercayai dapat membantu orang ramai buat keputusan untuk memilih telco provider terbaik based on kekuatan signal di kawasan masing-masing. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda sekalian.

Leave a Comment