DAFTAR NIKAH ONLINE : CARA ISI BORANG SPPIM PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

DAFTAR NIKAH ONLINE : CARA ISI BORANG SPPIM PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN ONLINE

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Baca juga : SENARAI LOKASI KIOSK JPJ SELURUH NEGERI

SENARAI NEGERI YANG BOLEH DAFTAR NIKAH ONLINE

Berikut merupakan senarai Negeri yang membenarkan perkahwinan secara online :

  1. Negeri Sembilan
  2. Melaka
  3. Perlis
  4. Kedah
  5. Perak
  6. Wilayah Persekutuan
  7. Johor
  8. Selangor

SYARAT PERKAHWINAN ONLINE SPPIM

  • Pemohon bagi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor dan Selangor.
  • Diisi oleh SALAH SEORANG sama ada lelaki atau perempuan.
  • Permohonan online perlu diisi sekiranya lelaki dan perempuan bukan dari negeri yang menggunakan SPPIM tetapi TEMPAT BERNIKAH di negeri yang menggunakan SPPIM.
  • Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.
  • Pejabat Agama yang memproses adalah merujuk kepada ALAMAT TEMPAT TINGGAL.

CARA DAFTAR NIKAH ONLINE SPPIM

Berikut merupakan cara isi borang nikah online :

  1. Masuk ke portal : https://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline
  2. Tekan Permohonan Baru
  3. Klik Seterusnya jika anda menepati syarat yang dipaparkan
  4. Klik Seterusnya di Bahagian Hantar Permohonan (Simpan no rujukan BNO)
  5. Klik Seterusnya di Bahagian Senarai Semak
  6. Klik Seterusnya di Bahagian Pengesahan Penolong Pendaftar NCR
  7. Klik Permohonan Baru di Bahagian Kelulusan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
  8. Sila Isi Maklumat di Bahagian Lelaki dan tekan Seterusnya
  9. Sila Isi Maklumat di Bahagian Perempuan dan tekan Seterusnya
  10. Sila Isi Maklumat di Bahagian Maklumat Kebenaran dan tekan Seterusnya
  11. Sila Isi Maklumat Wali dan tekan Seterusnya
  12. Di bahagian Hantar Permohonan sila semak semua maklumat yang ada isi tadi dan klik Hantar
  13. Paparan di skrin akan keluar “Permohonan Anda Berjaya di Hantar”
  14. Lihat pada Tab Status disitu maklumat No Rujukan dan Maklumat Diri
  15. Paparan di skrin akan keluar “Anda dan pasangan dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing bagi proses kelulusan permohonan. Proses kelulusan bagi permohonan perempuan hanya diberikan selepas permohonan kebenaran nikah lelaki diluluskan”.
  16. Pemohon Lelaki dan Perempuan perlu mencetak borang permohonan kebenaran berkahwin yang berasingan untuk dibawa kepada Pejabat Agama Daerah.
  17. Klik ”CETAK BORANG”. Borang Permohonan untuk Kebenaran Berkahwin akan dipaparkan. Borang berkenaan hendaklah ditandatangani oleh Wali (bagi borang permohonan perempuan), Pemohon dan Penolong Pendaftar.

Nota: Pemohon hanya boleh kemaskini borang permohonan jika PAID masih belum memproses borang permohonan. Pemohon yang akan menyerahkan permohonan di Negeri Johor boleh terus ke PAID tanpa perlu berjumpa Penolong Pendaftar.

Jika anda lupa nombor rujukan SPPIM anda boleh dapatkan kembali di bawah ini. Pihak kami kongsikan cara dapatkan nombor rujukan SPPIM jika anda terlupa atau hilang.

CARA DAPATKAN NOMBOR RUJUKAN SPPIM

Berikut merupakan cara dapatkan kembali no rujukan SPPIM jika anda terlupa :

  1. Masuk ke : https://www.sppim.gov.my/sppim/home
  2. Klik pilihan “Benar Nikah Online”
  3. Klik “Lupa No. Rujukan”
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Email pihak Lelaki
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Email pihak Perempuan
  6. Masukkan Tarikh Cadangan Berkahwin
  7. Klik Hantar
  8. Nombor Rujukan Permohonan anda akan dipaparkan
  9. Siap! Anda boleh sambung selesaikan urusan yang seterusnya.

SOALAN LAZIM

Bagaimana nak daftar nikah online?

Melalui SPPIM. Klik artikel ini untuk panduan penuh.

Adakah semua Negeri boleh daftar kahwin online?

Tidak. Lihat senarai Negeri di artikel ini untuk semakan Negeri yang dibenarkan.

Dimana boleh dapatkan borang nikah online?

Masuk ke artikel ini anda akan di bawa kepada cara daftar nikah online.

1 thought on “DAFTAR NIKAH ONLINE : CARA ISI BORANG SPPIM PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN ONLINE”

Leave a Comment