CARA KEMASKINI GKP UNTUK YANG GAGAL KREDIT
Geran Khas Prihatin (GKP) adalah bantuan kewangan tambahan secara ‘one-off’ yang disediakan oleh kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.o dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan. Melalui pengumuman PEMERKASA, kerajaan telah memaklumkan akan memberi bantuan GKP 3.0 PEMERKASA dan GKP 4.0 kepada pemohon yang layak.
Penerima GKP 4.0 fasa kedua yang GAGAL KREDIT diminta untuk kemaskini maklumat akaun bank bagi memudahkan urusan pembayaran akan datang.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN GKP SEPTEMBER 2021 : CARA SEMAK STATUS DAN MAKLUMAT PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN 4.0
TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT BANK
Penerima GKP yang telah buat semakan dan gagal kredit perlu mengemaskini maklumat akaun bank pada:-
- 6 hingga 20 Disember 2021
SIAPA YANG PERLU KEMASKINI
Individu yang wajib mengemaskini maklumat akaun bank mereka adalah penerima GKP yang berstatus gagal kredit sahaja. Golongan tersebut adalah :-
- GKP PERMAI
- GKP PEMERKASA+
- GKP 3.0
- GKP 4.0
CARA KEMASKINI GKP UNTUK YANG GAGAL KREDIT
Individu yang perlu membuat kemaskini maklumat akaun bank bagi penerimaan GKP
kini sudah boleh mengemaskini dengan langkah berikut :-
- Layari portal rasmi GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk untuk kemaskini maklumat
- Masukkan ID Pengguna dan klik Semak
- Sahkan kata kunci keselamatan dan klik Ya
- Masukkan kata laluan dan klik Log Masuk
- Pergi ke Menu Kemas Kini Akaun Bank
- Masukkan nombor akaun bank terkini yang aktif
TARIKH BAYARAN GKP 4.0
Bayaran GKP 4.0 akan dibuat secara berperingkat melalui 2 fasa berikut:-
Fasa pertama : RM500
- 21 September 2021
Fasa kedua : RM500
- November 2021
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.
Penerima fasa 1 yang gagal kredit dinasihatkan kemaskini maklumat akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara).
HasiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.