TARIKH BAYARAN GKP SEPTEMBER 2021 : CARA SEMAK STATUS DAN MAKLUMAT PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN 4.0

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

TARIKH BAYARAN GKP SEPTEMBER 2021 : CARA SEMAK STATUS DAN MAKLUMAT PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN 4.0

Sebagai pengetahuan anda, GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Mereka yang layak menerima GKP 4.0 adalah penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 dan juga mereka yang membuat permohonan baharu GKP 4.0.

Nilai bantuan GKP 4.0 adalah RM1000 yang diberikan secara 2 fasa iaitu pada September sebanyak RM500 untuk fasa pertama dan November bagi fasa kedua sebanyak RM500.

Berita baik untuk anda, semakan kelulusan Permohonan Baharu GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021. Pembayaran GKP 4.0 Fasa 1 bagi permohonan yang berstatus Lulus adalah mulai 21 September 2021 secara berperingkat dengan amaun bantuan sebanyak RM500.

Baca juga : BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN GKP 4.0 : CARA SEMAKAN DAN TARIKH BAYARAN TAMBAHAN RM1000 SEPTEMBER/NOVEMBER 2021

TARIKH BAYARAN GKP SEPTEMBER 2021

Untuk makluman anda pembayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0 akan bermula pada 21 September 2021. Anda yang berstatus lulus akan menerima bayaran tersebut mengikut bank yang anda daftarkan semasa pendaftaran. Tempoh masa untuk masuk ke akaun anda adalah mengikut bank. Anda boleh check di akaun pada 21 sehingga 25 September untuk lihat sama ada bayaran telah dibuat atau tidak.

GKP 4.0 SEMAKAN STATUS

Panduan Lengkap GKP 4.0 Semak Status.

  1. Sila layari laman rasmi Semakan GKP 4.0 di pautan ini : https://gkp.hasil.gov.my/.

  2. Tekan Log Masuk di bahagian atas sebelah kanan anda.

  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan ID Pengguna.

  4. Tekan Semak.

  5. Tick Ya jika Kata Kunci Keselamatan kepunyaan anda.

  6. Isi Password anda.

  7. Tekan Log Masuk.

  8. Sila lihat di ruangan Jumlah Kelulusan GKP 4.0.

  9. Bagi Fasa 1 jika Lulus akan ditulis RM500 yang akan di bayar bermula 21 September 2021.

  10. Anda boleh semak tarikh bayaran GKP 4.0 anda melalui Maklumat Pembayaran di halaman ini. Apabila bayaran dibuat tarikh dan maklumat akan keluar di halaman Maklumat Pembayaran.

  11. Jika Status Kredit di Maklumat Pembayaran menunjukkan “BERJAYA KREDIT” bermaksud anda telah menerima bayaran tersebut. Anda boleh mula semak di akaun anda.

  12. Semakan Status GKP 4.0 anda selesai.

SOALAN LAZIM

Bilakah tarikh bayaran GKP 4.0 September 2021?

Bayaran akan dibuat bermula pada 21 September 2021 kepada mereka yang berstatus lulus untuk GKP 4.0.

Bagaimana nak semak status lulus GKP 4.0?

Anda boleh check menerusi laman web rasmi GKP. Jika kurang jelas boleh ke artikel ini untuk dapatkan panduan lengkap cara check status lulus GKP 4.0 anda.

Leave a Comment