BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN GKP 4.0 : CARA SEMAKAN DAN TARIKH BAYARAN TAMBAHAN RM1000 SEPTEMBER/NOVEMBER 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN GKP 4.0 : CARA SEMAKAN DAN TARIKH BAYARAN TAMBAHAN RM1000 SEPTEMBER/NOVEMBER 2021

Untuk makluman, GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Mereka yang layak menerima GKP 4.0 adalah penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 dan juga mereka yang membuat permohonan baharu GKP 4.0.

Nilai bantuan GKP 4.0 adalah RM1000 yang diberikan secara 2 fasa iaitu pada September sebanyak RM500 untuk fasa pertama dan November bagi fasa kedua sebanyak RM500.

Untuk pengetahuan anda, semakan kelulusan Permohonan Baharu GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021. Pembayaran GKP 4.0 Fasa 1 bagi permohonan yang berstatus Lulus adalah mulai 21 September 2021 secara berperingkat dengan amaun bantuan sebanyak RM500.

Baca juga : CHECK GKP 4.0 : CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN RM500 SEPTEMBER/NOVEMBER 2021

CARA SEMAK DAN TARIKH BAYARAN BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN GKP 4.0

Panduan lengkap membuat semakan kelulusan serta tarikh bayaran bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0.

  1. Sila layari laman rasmi Semakan GKP 4.0 di pautan ini : https://gkp.hasil.gov.my/.

  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan Masukkan Nombor MyKad.

  3. Tekan Butang Carian.

  4. Isi Captcha.

  5. Klik Semak.

  6. Anda akan dapat mesej di bawah semakan status seperti ini “Semakan mendapati No Pengenalan ini telah wujud pada permohonan GKP. Oleh itu, tidak layak membuat permohonan baharu GKP 4.0. Sila klik Log Masuk untuk ke Menu GKP bagi semakan status Permohonan”.

  7. Klik Log Masuk.

  8. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan ID Pengguna.

  9. Tekan Semak.

  10. Tick Ya jika Kata Kunci Keselamatan kepunyaan anda.

  11. Isi Password anda.

  12. Tekan Log Masuk.

  13. Pada halaman utama, sila lihat di ruangan Jumlah Kelulusan GKP 4.0.

  14. Untuk Fasa 1 jika Lulus akan ditulis RM500 yang akan di bayar bermula 21 September 2021.

  15. Anda boleh semak tarikh bayaran GKP 4.0 anda melalui Maklumat Pembayaran di halaman ini. Apabila bayaran dibuat tarikh dan maklumat akan keluar di halaman Maklumat Pembayaran.

  16. Jika Status Kredit di Maklumat Pembayaran menunjukkan “BERJAYA KREDIT” bermaksud anda telah menerima bayaran tersebut. Anda boleh mula semak di akaun anda.

  17. Selesai.

SOALAN LAZIM

Bagaimana cara dan tarikh semakan status GKP 4.0?

Tuan/Puan boleh mulai membuat semakan mulai 20 September 2021 menerusi portal rasmi GKP secara online yang disediakan oleh pihak LHDN. Untuk panduan lengkap cara semak GKP 4.0 boleh ke artikel ini.

Bilakah tarikh bayaran GKP 4.0?

Untuk makluman, Perdana Menteri Malaysia telah umumkan bagi fasa 1 GKP 4.0 mula dibayar pada 21 September 2021. Untuk semakan bayaran boleh ke artikel ini.

Macam mana cara pembayaran GKP 4.0?

Pembayaran akan dibuat secara kredit terus ke akaun anda. Anda boleh mula semak bayaran yang dibuat mulai 21 September 2021.

Leave a Comment