CARA SEMAK SAMAN GUNA RILEK
Pada era kemajuan teknologi yang pesat juga seiring dengan pembangunan negara kita. Konsep Internet of Things sudah semakin banyak diterapkan di negara kita. Contohnya seperti urusan-urusan rasmi sudah boleh dilakukan secara atas talian. Kini, jika anda ingin membuat semakan saman trafik yang tertunggak, anda boleh membjuat semakan secara atas talian sahaja dengan mudah. Anda tidak perlu keluar dari rumah untuk ke kaunter jabatan untuk membuat semakan tanpa bersesak di jalan raya. Anda hanya perlu menyemak kesalahan trafik secara atas talian sahaja melalui laman sesawang Rilek yang menyediakan perkhidmatan semakan saman trafik. Baca perkongsian di bawah mengenai cara semak saman guna rilek.
BACA JUGA : CARA RENEW ROADTAX DI JPJ ONLINE GUNA MYSIKAP
RILEK (Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Malaysia)
- Check saman menerusi portal RILEK boleh dilakukan dengan memasuki pautan rasmi https://www.rilek.com.my/
- Portal RILEK turut menyediakan beberapa perkhidmatan dengan agensi-agensi kerajaan secara atas talian.Antaranya dengan PDRM, JPJ, DBKL dan Jabatan Insolvensi Malaysia.
CARA SEMAK SAMAN GUNA RILEK
Langkah 1 : Sila layari laman web RILEK di alamat yang berikut: www.rilek.com.my
Langkah 2 : Jika belum daftar akaun dengan RILEK, klik ‘Register’ untuk daftar. Maklumat untuk pendaftaran adalah lebih ringkas berbanding yang diminta MyEG. Selepas isi, klik butang ‘Register’
Langkah 3 : Selepas siap daftar, anda akan diminta untuk mengisi Activation Code yang dihantar ke emel yang didaftarkan. Jadi, terus sahaja Login menggunakan emel dan password yang didaftarkan tadi.
Langkah 4 : Untuk semak saman trafik online, klik pada perkataan PDRM
Langkah 5 : Masukkan nombor MyKad dan terus klik ‘Next’
Jika tiada saman tertunggak, paparan seperti berikut akan dipaparkan :-
Tetapi, jika ada saman, maka senarai saman yang dikenakan akan ditunjukkan seperti ini :-
Boleh dilihat nombor pendaftaran kereta yang terlibat, tempat disaman, masa kesalahan dilakukan dan juga jumlah saman yang perlu dibayar.
CARA BAYAR SAMAN GUNA RILEK
Langkah 1 : Klik pada kotak bagi saman yang hendak dibayar. Kemudian klik butang ‘Pay Selected Summons’.
Langkah 2 : Anda akan ditunjukkan jumlah saman berserta caj-caj lain yang perlu dibayar. Kemudian, klik butang ‘Pay Summons’
Langkah 3 : Anda akan diberikan pilihan untuk memilih cara bayaran yang hendak dilakukan.
Langkah 4 : Selepas bayaran disahkan, maka anda selesai membuat bayaran saman online menerusi RILEK. Anda boleh cetak resit bayaran sebagai bukti bayaran.
Sumber : Rilek (Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Malaysia)