CARA BAYAR SAMAN JPJ ONLINE
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mewujudkan satu portal yang dikenali sebagai Portal mySIKAP yang boleh dilayari di komputer atau di telefon pintar anda. Anda juga boleh melakukan pelbagai urusan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan perlesenan pemandu mySIKAP. Ikuti perkongsian di bawah mengenai portal mySikap dan cara bayar saman JPJ online.
BACA JUGA : SEMAKAN TARIKH LUPUT LESEN MEMANDU KERETA DAN MOTOR 2021/2022
APA ITU MYSIKAP ?
MySikap adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Pellbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.
Antara perkhidmatan yang anda boleh lakukan di portal ini ialah:
1. Lesen memandu
- Pembaharuan lesen memandu
- Permohonan permit memandu antarabangsa
- Rayuan lesen memandu tamat tempoh
- Penukaran lesen dari asing/ tentera/ anggota polis kepada lesen memandu Malaysia
- Kemaskini alamat dan penambahan kelas
2. Kenderaan
- Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM)
- Memohon atau membatalkan kenderaan untuk sementara waktu
- Pindah milik sukarela
- Membatalkan pendaftaran kenderaan
3. Kesalahan dan Penalti
- Semakan dan pembayaran saman/notis/penalti kenderaan anda
- Status kenderaan (senarai hitam atau dirampas)
- Mata KEJARA
- Tempoh penggantungan lesen
4. Perkhidmatan Lain
- Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj
- Rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM
CARA BUAT SEMAKAN SAMAN JPJ 2022
Untuk membuat semakan saman JPJ secara online, Anda boleh layari Portal Rasmi JPJ di pautan ini https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
Tekan butang Pilihan Carian dan pilih sama ada anda ingin membuat semakan mengikut:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Plat Kenderaan
Pilih Kategori ID dan taipkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.
Saman JPJ akan dipaparkan sekiranya ada.
CARA BAYAR SAMAN JPJ ONLINE 2022
Untuk membuat bayaran saman online melalui MySikap, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah :-
- Layari Portal MySikap https://public.jpj.gov.my/public/login.
- Sekiranya ada ID, boleh login seperti biasa. Jika masih belum ada ID, klik log masuk kali pertama.
- Setelah berjaya login, pilih menu Kesalahan dan Penalti.
- Tekan butang Cari untuk lihat saman yang ada.
- Paparan saman akan ditunjukkan. Lihat pada status kompaun, Boleh Dikompaun bermakna boleh dibayar.
- Bila dah klik pada kotak kecil, jumlah saman akan dipaparkan.
- Pilih kaedah pembayaran.
- Buat pembayaran dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai.
- Tekan butang Teruskan dan masukkan nombor TAC sampai berjaya.
- Resit akan dipaparkan apabila proses pembayaran selesai.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://public.jpj.gov.my/ atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000.