BORANG PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024 : DOWNLOAD SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BORANG PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024 : DOWNLOAD SEKARANG

Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri di dalam belanjawan 2024, Program MyLesen iaitu bantuan lesen memandu Kelas B2 percuma akan diberikan kepada individu yang layak. Seramai 35,000 rakyat Malaysia akan menerima manfaat ini.

Program ini adalah usaha daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam melancarkan dan menjayakan program bantuan ini.

Bagaimanakah isi borang permohonan bantuan lesen memandu percuma 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA

Bantuan Lesen Memandu Percuma atau nama rasminya Program MyLesen akan mula dibuka untuk permohonan adalah seawal bulan Februari 2024 sehingga Oktober 2024 atau sehingga kuota penyertaan (35,000) penuh.

TERMA & SYARAT PERMOHONAN / PENYERTAAN

Untuk memohon / menyertai program Bantuan Lesen Memandu Percuma ini, pemohon hendak menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan seperti di bawah berikut :

  • Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan;
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  • Sihat fizikal dan mental;
  • Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan;
  • Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan;
  • Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian;
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri;
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan;
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan;
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa;
  • Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

TUJUAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024

Program Bantuan Lesen Memandu Percuma adalah bertujuan untuk :

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024

Ikuti cara permohonan Bantuan Lesen Memandu percuma seperti di bawah :

  1. Sila klik pada pautan borang permohonan [DI SINI].
  2. Anda akan dipaparkan Borang Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024.
  3. Sila baca dengan teliti terma dan syarat penyertaan.
  4. Kemudian, isikan [Nama Penuh] dan [Nombor Kad Pengenalan].
  5. Klik pada [Add File] untuk muat naik salinan Kad Pengenalan anda (Pastikan dalam bentuk PDF).
  6. Tick pada bahagian pilihan [Jantina] dan isikan semua maklumat yang bertanda (*).
  7. Pilih Negeri dan tick (/) untuk pilihan Lokasi Institut latihan dan ujian memandu.
  8. Sila tandakan (/) sekiranya anda mempunyai sebarang kesalahan lalu lintas.
  9. Kemudian, tandakan (/) sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit yang disenaraikan.
  10. Sila baca dengan teliti bahagian Pengakuan Pemohon dan tick (/) Setuju.
  11. Klik pada butang [NEXT].
  12. Anda akan dipaparkan pada bahagian seterusnya.
  13. Tekan butang [Hantar] permohonan.
  14. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat bantuan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • E-mel : mylesenb2@jpj.gov.my
  • Talian : 03 – 8892 8714 / 8693.

Leave a Comment