SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 2023 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Bantuan e-Wallet RM300 ini akan diberikan setiap bulan dan bukan seperti Bantuan eMADANI yang telah dilancarkan baru-baru ini berjumlah RM100 yang diberikan secara one-off. Bantuan ini akan dikreditkan kepada penerima yang layak setiap bulan melalui aplikasi e-Wallet.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan ewallet rm300 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 : CHECK STATUS SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN EWALLET RM300 2023
Bantuan e-Wallet RM300 ialah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang diberi nama Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS. Bantuan ini bertujuan untuk membantu ketua keluarga untuk menampung perbelanjaan keperluan asas serta peralatan persekolahan anak-anak.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300 2023
Untuk memohon bantuan e-Wallet RM300 ini, pemohon hendak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lahir atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
- keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan kebawah; dan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN EWALLET RM300 2023
Berikut merupakan senarai barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan e-Wallet RM300 oleh BINGKAS, seperti di bawah berikut :
- Beras, mi dan bihun.
- Roti dan biskut.
- Telur.
- Gula dan garam
- Rempah ratus, sos, kicap, dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Daging lembu, ayam, kambing dan ikan.
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Produk tenusu (susu tepung, susu pekat dan susu segar).
- Peralatan persekolahan.
- Perihal pendidikan (yuran atau sebagainya).
Untuk mengetahui senarai kedai-kedai terpilih, sila rujuk di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 2023
Ikuti cara permohonan bantuan e-Wallet RM300 2023 seperti berikut :
- Layari portal rasmi BINGKAS.
- Sekiranya anda belum pernah berdaftar, sila buat pendaftaran baharu terlebih dahulu.
- Klik pada bahagian [DAFTAR PERMOHONAN] di bawah.
- Klik [Daftar Sekarang] atau sekiranya anda telah mempunyai akaun BINGKAS sila masukkan Nombor Telefon atau Kata Laluan di ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, masukkan Nombor Telefon dan klik butang [TERUSKAN].
- Nombor OTP akan dihantar ke Nombor Telefon anda.
- Masukkan Nombor OTP yang anda terima dan tekan [Sahkan OTP].
- Anda telah berjaya log masuk, seterusnya klik butang[X].
- Sila isi semua maklumat yang bertanda [*] diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Kemudian, klik [TERUSKAN].
- Tandakan pada maklumat yang berkenaan dan klik [TERUSKAN].
- Seterusnya [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen sokongan yang diperlukan dan tekan [TERUSKAN].
- Kemudian, tandakan pada kotak [PERSETUJUAN] dan [HANTAR].
- Permohonan anda berjaya dihantar.
- Selesai.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN E WALLET
Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk kemukanan permohonan BINGKAS e-wallet RM300 :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan).
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
RUJUKAN
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut boleh ajukan kepada pihak berwajib BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami. Pihak kami hanya memberikan informasi untuk memudahkan carian anda.
Saye bukan ape NK e walt NI sbb tak NK susah Kan mak ngn ayah saye keje DH ade but still sch