CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan keperluan asas barang dapur untuk tahun 2024 dan akan memperluaskan pemberian kepada 700,000 rakyat Malaysia. Kerajaan akan menyalurkan bantuan ini ke dalam IC / Kad Pengenalan penerima setiap bulan untuk membeli keperluan asas dapur di kedai-kedai terpilih.
Bagaimanakah check nama penerima bantuan keperluan asas barang dapur 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
TARIKH KREDIT BANTUAN
Bantuan ini akan dikreditkan setiap bulan bermula seawal bulan Januari, Februari, March, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2024. Tarikh akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi nanti.
SENARAI PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2024
Bermula tahun 2024, Bantuan ini bukan sahaja khas untuk isi rumah miskin / miskin tegar, malah bantuan ini akan diperluaskan kepada semua golongan termasuk isi rumah asas (bukan miskin), golongan bujang dan juga warga emas. Berikut merupakan senarai penerima dengan jumlah bantuan mengikut kategori kelayakan :
- Isi Rumah Miskin Tegar : RM1,200 (akan dikreditkan sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan).
- Isi Rumah Miskin : RM1,200 (akan dikreditkan sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan).
- Isi Rumah Asas : RM300 (akan dikreditkan sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 3 bulan).
- Bujang : RM150 (cara kredit akan diberitahu samaada secara one-off atau setiap bulan).
- Warga Emas : RM150 (cara kredit akan diberitahu samaada secara one-off atau setiap bulan).
*Senarai ini adalah data daripada eKasih dan JKM daripada penerima Bantuan STR.
SENARAI BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR
Berikut merupakan 10 kategori barang keperluan asas barang dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan Mykad :
- Beras (jenama Rambutan, Jasmine, Faiza, Jati, Saga, Sunflower, Royal Umbrella dan sebagainya).
- Roti (jenama Gardenia, High 5, dan Mighty white).
- Telur.
- Minyak masak (jenama Saji, Seri Murni, Alif dan sebagainya).
- Tepung (jenama cap Rose, Sauh, Lili, Faiza dan sebagainya).
- Biskut (Julie’s, Tiger, Jacobs, Hup seng, dan sebagainya).
- Mee segera (Mamee, Indomie, Mie Sedap, Maggi dan sebagainya).
- Minuman (Milo, Vico, Horlicks, Nescafe, Boh, Dutch Lady, Fernleaf, Dugro, dan sebagainya).
- Makanan dalam tin (Ayam brand’, kimball, adabi, yoes dan sebagainya).
- Bahan perasa (life, kimball, Jalen, kipas udang, Faiza, tamin, Planta dan sebagainya).
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2024
Ikuti cara semakan status penerima Bantuan keperluan asas barang dapur di bawah :
- Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat bantuan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :
- Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
- Tel: (603) 7720 1800.
- E-mel : info@mykasih.com
terima kasih dengan info ini.