SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Inisiatif bantuan kerajaan yang bertujuan untuk membantu golongan miskin di Malaysia. Program ini telah diperkenalkan oleh Yayasan MyKasih dan mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia. Dalam Belanjawan 2024, Kerajaan telah mengumumkan penerusan dan penambahbaikan program ini melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bagaimanakah cara semakan kelayakan bantuan Mykasih 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

  • Warganegara Malaysia.
  • Had umur tidak kurang dari 21 tahun.
  • Penerima Bantuan STR (berstatus lulus).
  • Berada dalam data e-Kasih dan JKM.

SENARAI PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024

Bermula tahun 2024, Bantuan MyKasih bukan sahaja khas untuk isi rumah miskin / miskin tegar, malah bantuan ini akan diperluaskan kepada semua golongan termasuk isi rumah asas (bukan miskin), golongan bujang dan juga warga emas layak menerima. Berikut merupakan senarai jumlah bantuan mengikut kategori kelayakan :

  • Isi Rumah Miskin Tegar : RM1,200.
  • Isi Rumah Miskin : RM1,200.
  • Isi Rumah Asas : RM300.
  • Bujang : RM150.
  • Warga Emas : RM150.

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH 2024

Pengkreditan Bantuan eKasih RM1,200 akan dibayar bermula seawal bulan Januari 2024 dan akan dibayar sebanyak RM100 setiap bulan sehingga bulan Disember 2024. Tarikh bayaran akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi nanti.

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN MYKASIH RM1200

Bantuan MyKasih sebanyak RM1,200 akan dibayar sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan (bersamaan 1 tahun). Bantuan RM100 akan dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (Mykad) penerima untuk membeli barangan keperluan dapur di kedai-kedai terpilih.

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200

Ikuti cara semakan status kelayakan bantuan MyKasih seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status] : PAUTAN RASMI SINI.
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat bantuan MyKasih di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
  • Tel: (603) 7720 1800.
  • E-mel : info@mykasih.com

15 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG”

  1. Aqu pelik la kadangĀ² bujang atau yg berkahwin dpat je ekasih,,tp mcm aq ni anak 5 ibu tinggal x dpat plk ekasih,,,mmg pilih kasih btul la

    Reply
  2. Saya Raymond bin jamin.keluarga penerima str b40.dan juga pendaftar eKasih miskin tegar.tapi tidak dapat bantuan ini.bila di semak.tiada dlm rekod.saya mengharap lah dan amat bergantung bantuan kerajaan dapat sedikit sebanyak membantu keluarga kami.menampung kehidupan hari2.mohon lah agar kerajaan dapat pertimbangkan permohonan saya ini.

    Reply
    • Saya Raymond bin jamin.keluarga penerima str b40.dan juga pendaftar eKasih miskin tegar.tapi tidak dapat bantuan ini.bila di semak.tiada dlm rekod.saya mengharap lah dan amat bergantung bantuan kerajaan dapat sedikit sebanyak membantu keluarga kami.menampung kehidupan hari2.mohon lah agar kerajaan dapat pertimbangkan permohonan saya ini.terima kasih

      Reply
  3. Boleh saya tahu tak kenapa my kasih tiada dalam rekod sedangkan nama MMG dh tersenarai dalam e-Kasih(miskin),sekadar ingin tahu apa yg menyebabkan nama tiada dalam rekod my kasih,.

    Reply
  4. Selamat petang dan salam sejahtera, selain e walet saya tak pernah dapat bantuan apa-apa dari kerjaan, semakan tiada rekod.

    Reply

Leave a Comment