PERMOHONAN ONLINE BANTUAN EWALLET RM100 MADANI KHAS UNTUK B40 DAN M40 2023 : TEBUS SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN ONLINE BANTUAN EWALLET RM100 MADANI KHAS UNTUK B40 DAN M40 2023 : TEBUS SEKARANG

Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan bantuan secara e-Tunai yang diberi nama eMADANI menerusi aplikasi e-Wallet yang terpilih. Bantuan ini adalah khas untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun.

Bagaimanakah permohonan secara online bantuan ewallet rm100 madani 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SEBULAN : CHECK STATUS SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM100 MADANI

Untuk permohonan Bantuan e-Wallet RM100 MADANI, pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun 2023.
  • Jumlah pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Dalam kategori B40 dan M40.
  • Bukan penerima eBeliaRahmah.

APLIKASI TERPILIH BANTUAN EWALLET RM100 MADANI KHAS UNTUK B40 DAN M40

Terdapat empat (4) aplikasi yang boleh digunakan untuk memohon / menebus bantuan e-Wallet RM100 MADANI, seperti berikut :

  1. MAE Maybank.
  2. Touch ‘N Go e-Wallet (TNG).
  3. SETEL Petronas.
  4. ShopeePay.

TERMA & SYARAT PENGGUNAAN BANTUAN EWALLET RM100 MADANI

Bantuan e-Wallet RM100 MADANI hanya boleh digunakan secara pembayaran fizikal Kod QR sahaja di kedai-kedai terpilih, berikut merupakan senarai transaksi yang tidak boleh digunakan :

  • Membuat pindahan ke akaun lain.
  • Membuat pengeluaran tunai.
  • Membayar bil utiliti.
  • Membayar mana-mana saman.
  • Membayar bil pospaid atau prepaid.
  • Pembelian games.
  • Pembayaran parking atau tol.
  • dan lain-lain (semak di aplikasi).

PERMOHONAN ONLINE BANTUAN EWALLET RM100 MADANI KHAS UNTUK B40 DAN M40 2023

Ikuti panduan permohonan / tebus secara online Bantuan e-Wallet RM100 MADANI seperti di bawah berikut :

  1. Pilih salah satu daripada empat (4) aplikasi yang biasa anda gunakan seperti senarai di atas.
  2. Sekiranya anda belum mempunyai salah satu aplikasi di atas, sila muat turun di apps store / play store dalam telefon bimbit anda.
  3. Sila daftar akaun dan isikan semua maklumat yang diperlukan.
  4. Sekiranya anda menggunakan [Touch ‘n Go e-Wallet], sila buka aplikasi tersebut.
  5. Kemudian, klik pada [Claim your RM100 eMADANI credit now!] pada bahagian halaman utama (HOME).
  6. Anda akan dipaparkan pada Baucar yang ditawarkan.
  7. Tandakan [/] sekiranya anda setuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Tuntut Sekarang!].
  9. Kemudian, anda akan dipaparkan bahagian Mykad, sila semak butiran Mykad anda.
  10. Tandakan [/] sekiranya anda setuju bahawa data anda akan dikongsi dengan pihak ketiga.
  11. Klik butang [Teruskan].
  12. Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti Alamat, Tahap pelajaran, Jenis pekerjaan, anggaran Gaji Kasar.
  13. Seterusnya, tanda [/] setuju dan [Hantar].
  14. ‘Tuntutan eMADANI anda akan diproses’.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat yang berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan eMADANI, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

MAE Maybank : 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my.
Setel Petronas : Emel ke hello@setel.com.
ShopeePay : +603-2777 9222.
Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.

6 thoughts on “PERMOHONAN ONLINE BANTUAN EWALLET RM100 MADANI KHAS UNTUK B40 DAN M40 2023 : TEBUS SEKARANG”

  1. Saya tidak dapat menebus BANTUAN EMADANI oleh kerana ada kesalafahaman di dalam sistem TOUCH & GO semasa saya sedang memuatnaik turun data detail peribadi saya di dalam aplikasi TOUCH & GO. Jadi saya ingin memohon kepada pihak yang berkenaan untuk semak daftar perihal tentang akaun peribadi saya di dalam aplikasi sistem TOUCH & GO secepat yang mungkin, terima kasih.

    Reply
  2. Saya pun tak layak walau pun hampir 2 tahun sudah tidak bekerja dan sekarang cuma berkebun saja pendapatan pun cuma sekadar cukup-cukup makan itu pun kena berjimat. Cara pihak kerajaan dalam meluluskan sesuatu pemberian bantuan kerajaan masih tidak adil dan banyak lagi yang tercicir terutamanya kepada kami yg tinggal di luar bandar. Sepatutnya setiap pengesahan kelayakan pemohon haruslah melalui pejabat daerah masing-masing atau pun melalui banci di lapangan. Kalau hanya menggunakan sistem seperti sekarang ianya tidak tepat dan terkini seperti yg sepatutnya.

    Reply

Leave a Comment