SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Kerajaan telah menawarkan pelbagai bentuk bantuan untuk rakyat yang memerlukan. Bantuan yang disalurkan melalui eKasih ini akan memberi manfaat kepada 700,000 rakyat Malaysia sebanyak RM1,200 untuk setiap isi rumah yang berkelayakan.

Bagaimanakah cara semakan kelayakan bantuan ekasih rm1200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN LESEN PERCUMA : MOHON ONLINE SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024

  • Warganegar Malaysia;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Berada dalam data e-Kasih; dan
  • Berstatus lulus Bantuan STR.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN EKASIH RM1200

Bantuan eKasih sebanyak RM1,200 akan dibayar sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan (bersamaan 1 tahun). Bantuan RM100 akan dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (Mykad) penerima untuk membeli barangan keperluan dapur di kedai-kedai terpilih.

TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH 2024

Pembayaran Bantuan eKasih RM1,200 akan dibayar bermula seawal bulan Januari 2024 dan akan dibayar sebanyak RM100 setiap bulan sehingga bulan Disember 2024. Tarikh bayaran akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi nanti.

SENARAI PENERIMA BANTUAN EKASIH 2024

Bermula 2024, Bantuan eKasih bukan sahaja khas untuk isi rumah miskin / miskin tegar, malah bantuan ini akan diperluaskan kepada semua kategori termasuk isi rumah bukan miskin / miskin tegar, golongan bujang dan juga warga emas layak menerima. Berikut merupakan senarai jumlah bantuan mengikut kategori kelayakan :

  • Isi Rumah Miskin Tegar : RM1,200.
  • Isi Rumah Miskin : RM1,200.
  • Isi Rumah Asas : RM300.
  • Bujang : RM150.
  • Warga Emas : RM150.

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200

Berikut merupakan cara semakan kelayakan bantuan eKasih 2024, seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat bantuan eKasih di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
  • Tel: (603) 7720 1800.
  • E-mel : info@mykasih.com

4 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG”

Leave a Comment