BANTUAN LESEN PERCUMA 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN LESEN PERCUMA 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG

Program MyLesen akan dilaksanakan dengan kerjasama daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Bantuan ini adalah khas untuk golongan B40 yang akan memanfaatkan seramai 35,000 penerima.

Program ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan yang tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagaimanakah cara mohon bantuan lesen percuma 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : KEMASKINI BANTUAN RAHMAH : UPDATE MAKLUMAT SEKARANG

JENIS LESEN YANG DITAWARKAN

LESEN PERCUMA YANG DITAWARKAN
Lesen Kelas B2

SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 Tahun dan Ke Atas;
  • Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan;
  • Sihat Fizikal Dan Mental;
  • Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu; dan
  • Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA

TARIKH PERMOHONAN
Bermula Februari 2024 hingga Oktober 2024
*Permohonan akan ditutup apabila kuota penyertaan (35,000) penuh.

IMPAK PROGRAM BANTUAN LESEN PERCUMA

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

TERMA & SYARAT PENYERTAAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2024

  1. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  2. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  3. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  4. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  5. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  6. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2024

Ikuti panduan permohonan Bantuan Lesen Percuma seperti di bawah berikut :

  1. Sila klik pada pautan permohonan [DI SINI].
  2. Anda akan dipaparkan Borang Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024.
  3. Sila baca dengan teliti terma dan syarat penyertaan.
  4. Kemudian, isikan [Nama Penuh] dan [Nombor Kad Pengenalan].
  5. Klik pada [Add File] untuk muat naik salinan Kad Pengenalan anda (Pastikan dalam bentuk PDF).
  6. Tick pada bahagian pilihan [Jantina] dan isikan semua maklumat yang diperlukan seperti :
    • Tarikh Lahir pemohon;
    • Alamat kediaman terkini;
    • No. Telefon Bimbit pemohon;
    • Alamat E-mel;
  7. Isikan Maklumat Waris pemohon.
  8. Pilih Negeri dan tick (/) untuk pilihan Lokasi Institut latihan dan ujian memandu.
  9. Sila tandakan (/) sekiranya anda mempunyai sebarang kesalahan lalu lintas.
  10. Kemudian, tandakan (/) sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit yang disenaraikan.
  11. Sila baca dengan teliti bahagian Pengakuan Pemohon dan tick (/) Setuju.
  12. Klik pada butang [NEXT].
  13. Anda akan dipaparkan pada bahagian seterusnya.
  14. Tekan butang [Hantar] permohonan.
  15. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkaitan Program MyLesen sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • E-mel : mylesenb2@jpj.gov.my
  • Talian : 03 – 8892 8714 / 8693.

17 thoughts on “BANTUAN LESEN PERCUMA 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG”

Leave a Comment