KEMASKINI BANTUAN RAHMAH 2024 : UPDATE MAKLUMAT SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

KEMASKINI BANTUAN RAHMAH 2024 : UPDATE MAKLUMAT SEKARANG

Bantuan Rahmah atau nama rasminya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai yang akan disalurkan secara berperingkat dan berfasa oleh kerana penjimat subsidi secara bersasar. Bantuan tunai ini akan dinaikkan kadar dan diperluaskan kepada semua kategori.

Bagaimanakah kemaskini bantuan tunai rahmah 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN BAKUL MAKAN RM100 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

TARIKH KEMASKINI BANTUAN RAHMAH 2024

Bantuan Rahmah telah dibuka untuk kemaskini maklumat seperti tarikh berikut :

TARIKH KEMASKINI
Bermula 1 November 2023
(akan dibuka sepanjang tahun)

SENARAI YANG PERLU KEMASKINI BANTUAN RAHMAH 2024

Berikut merupakan senarai individu yang perlu kemaskini data peribadi bantuan rahmah 2024, seperti di bawah :

  • Individu / isi rumah yang mempunyai perubahan maklumat;
  • Mempunyai pertambahan bilangan tanggungan; atau
  • Individu bujang yang sudah bertukar status (berkahwin); atau
  • Isi rumah yang bertukar status (Janda / duda / balu); atau
  • Individu / Isi rumah yang belum pernah membuat kemaskini selama 3 tahun.

*Kemaskini ini dilakukan adalah kerana dikuatiri berlaku keciciran data. Namun warga emas dan pendalaman Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada membuat kemaskini.

JUMLAH BANTUAN RAHMAH 2024

Seperti yang dijanjikan, kerajaan akan menaikkan jumlah bantuan mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

KATEGORIJUMLAH BANTUAN
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
-RM1,000 (0 anak).
-RM1,500 (1-2 anak).
-RM2,000 (3-4 anak).
-RM2,500 (5 ke atas).
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
-RM500 (0 anak).
-RM750 (1-2 anak).
-RM1,000 (3-4 anak).
-RM1,250 (5 ke atas).
Warga EmasRM600
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM350

TARIKH BAYARAN

Berikut merupakan tarikh pembayaran Bantuan Rahmah yang akan dilakukan secara berfasa seperti di bawah :

FASATARIKH BAYARAN
FASA 1Februari 2024
FASA 2April 2024
FASA 3Ogos 2024
FASA 4November 2024
*Tarikh pengkreditan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

CARA KEMASKINI BANTUAN RAHMAH 2024

Berikut merupakan cara kemaskini yang boleh dilakukan di dalam portal rasmi seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#
  2. Klik butang [Log Masuk] untuk membuat kemaskini permohonan.
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No MyKad].
  4. Kemudian klik [Semak].
  5. Klik [Ya] jika Kata kunci keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
  7. Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.
  8. Klik pada [Kemas Kini Permohonan].
  9. Isikan semua maklumat yang perlu dikemaskini dengan tepat.
  10. Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  11. Kemudian, tekan butang [Muat naik].
  12. Klik butang [Teruskan].
  13. Masukkan kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan dan tekan [SAHKAN CAPTCHA].
  14. Tandakan [/] pada kotak perakuan.
  15. Seterusnya, tekan pada butang [Hantar].
  16. ‘Permohonan anda telah berjaya dikemaskini’.
  17. Selesai.

RUJUKAN

Sila rujuk pihak berwajib di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • E-mel : str@mof.gov.my
  • Laman Web : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Alamat : Kementerian Kewangan, Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Leave a Comment