BANTUAN BAKUL MAKAN RM100 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
Berikutan kos sara hidup yang semakin tinggi dan harga barangan keperluan asas juga tidak kurang, malah makin menaik. Justeru, Kerajaan komited untuk membantu rakyat dengan memberikan bantuan wang tambahan berupa bakul makanan sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan.
Bagaimanakah cara daftar bantuan bakul makan rm100 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH RM1200 : SEMAK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR BANTUAN BAKUL MAKAN
- Warganegar Malaysia;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Berada dalam data e-Kasih;
- Berstatus lulus Bantuan STR; dan
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
NILAI / KADAR BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Bantuan Bakul Makan akan disalurkan dengan nilai / kadar berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah berikut :
KATEGORI | NILAI / KADAR BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Miskin Tegar | RM1,200 |
Isi Rumah Miskin | RM1,200 |
Isi Rumah Asas | RM300 |
Bujang & Warga Emas | RM150 |
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN BAKUL MAKAN 2024
Pembayaran Bantuan bakul Makan ini adalah mengikut kaedah seperti di bawah berikut :
KATEGORI | KAEDAH PEMBAYARAN |
---|---|
Isi Rumah Miskin Tegar | Kredit ke dalam Mykad sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan. |
Isi Rumah Miskin | Kredit ke dalam Mykad sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan. |
Isi Rumah Asas | Kredit ke dalam Mykad sebanyak RM100 setiap bulan selama 3 bulan. |
Bujang & Warga Emas | Kemungkinan secara one-off (akan diberitahu) |
PENGGUNAAN BANTUAN BAKUL MAKAN RM100 2024
Berikut merupakan cara pembelian dengan menggunakan Bantuan Bakul Makan RM100, seperti di bawah :
- Pilih kedai berhampiran anda, semak senarai kedai terpilih [Di Sini].
- Kemudian, pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjukkan Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
- Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
- Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.
DAFTAR BANTUAN BAKUL MAKAN RM100 2024
- Pemohon perlu daftar di Portal Rasmi e-Kasih; atau klik pautan ini : [https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.]
- Kemudian klik [Semakan Pendaftaran eKasih].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan permohon pada ruangan No.KP.
- Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
- Kemudian, pergi ke Portal eKasih untuk daftar akaun.
- Masukkan semua maklumat diri, pendapatan, tanggungan dan lain-lain yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Klik butang [Teruskan].
- Tandakan pada perakuan diri.
- Tekan butang [Hantar].
- Selesai.
Berdasarkan kenyataan pada soalan lazim di Portal Rasmi Mykasih, anda tidak perlu mengemukakan permohonan kerana kelayakan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih; atau sekiranya anda tidak pernah membuat permohonan MyKasih, anda boleh ikuti cara permohonan lengkap di pautan di SINI : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
- Tel: (603) 7720 1800.
- E-mel : info@mykasih.com