CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG
Bantuan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan yang akan dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad / IC) penerima setiap bulan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai runcit atau pasaraya yang terpilih / berdaftar dengan eKasih.
Seramai 700,000 rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menerima manfaat ini berdasarkan data daripada eKasih dan JKM yang diambil daripada penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bagaimanakah check senarai nama penerima bantuan asas rahmah rm1200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN E TUNAI RM100 : CLAIM & TEBUS SEKARANG
SENARAI PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH 2024
Berikut merupakan senarai penerima Bantuan Asas rahmah 2024 mengikut kategori yang ditetapkan daripada data eKasih dan JKM melalui STR, seperti di bawah :
KATEGORI | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
STR Miskin Tegar | 0.2 j |
STR Miskin | 0.5 j |
STR Isi Rumah | 1.3 j |
STR Bujang & Warga Emas | 4.3 j |
JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH 2024
Berikut merupakan jumlah Bantuan Asas Rahmah yang akan dikreditkan mengikut kategori seperti di bawah :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 |
STR Miskin | RM1,200 |
STR Isi Rumah | RM300 |
STR Bujang & Warga Emas | RM150 |
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024
- Pilih kedai berhampiran anda, semak senarai kedai terpilih di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.
- Kemudian, pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjukkan Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
- Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
- Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.
CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH RM1200 2024
Berikut merupakan cara check status nama penerima Bantuan Asas Rahmah, seperti di bawah :
- Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
- Tel: (603) 7720 1800.
- E-mel : info@mykasih.com
Sepatutnya bantuan asas Rahmah ni KC samarata dgn penerima ste b40,,KLU nk kata eKasih,,kbnykan d tpt Syalh,,mereka sdh sng,ank2 dh bsr dan bekerja,tp mfh menerima eKasih,,ini spttnya sdh xltk penerima eKasih,,bnyk data2 yg BLM dikmskinikan,b40 ni bkn smua bekerja,suami je Keja tp istrinya xbkrja