BANTUAN E TUNAI RM100 2023 : CLAIM & TEBUS SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN E TUNAI RM100 2023 : CLAIM & TEBUS SEKARANG

Bermula 4 Disember 2023, bantuan e-Tunai RM100 telah dibuka untuk claim / tebus di dalam empat (4) aplikasi e-dompet yang terpilih. Bantuan ini boleh digunakan untuk pembelian di kedai-kedai fizikal yang terpilih. Bantuan ini juga mempunyai had tempoh yang ditetapkan untuk tebus / claim dan perbelanjaan.

Bagaimanakah cara claim & tebus bantuan e tunai rm100 2023? Ikuti panduan di sini.

BACA JUGA : DAFTAR E TUNAI : TEBUS EWALLET SEKARANG

SIAPAKAH YANG LAYAK TEBUS BANTUAN E TUNAI RM100 2023

Untuk daftar / tebus, pemohon hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti Warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023, pendapatan RM100,000 ke bawah setahun, dan bukan penerima eBeliaRahmah.

BERAPA LAMAKAH TEMPOH TEBUS / BERBELANJA BANTUAN E TUNAI

Tarikh untuk tebus adalah bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 sahaja. Manakala, tempoh untuk berbelanja bantuan e-Tunai ini adalah bermula tarikh masuk bantuan sehingga 29 Februari 2024 sahaja.

DIMANAKAH BOLEH BERBELANJA MENGGUNAKAN BANTUAN E TUNAI RM100

Bantuan ini boleh dibelanjakan di kedai-kedai terpilih secara fizikal seperti Mr.DIY, Lotus’, Aeon, Uniqlo, Tealive, Zus Coffee, 7 Eleven, MYDIN, Watson, 99 Speedmart, Family Mart, E Mart, dan banyak lagi yang berdaftar dengan eMADANI.

BAGAIMANAKAH CARA BERBELANJA

Sekiranya Bantuan e-Tunai telah berjaya dikreditkan ke dalam aplikasi yang anda pilih untuk tebus, anda boleh menggunakannya di kedai-kedai terpilih. Caranya mudah sahaja, pilih apa-apa barang yang anda perlukan dan bayar di kaunter dengan menunjukan kod QR di dalam aplikasi untuk pembayaran.

CARA TEBUS BANTUAN E TUNAI RM100

Ikuti cara-cara untuk tebus Bantuan e-Tunai seperti di bawah :

  1. Pilih salah satu daripada empat (4) aplikasi yang biasa anda gunakan seperti senarai di bawah :
    • Touch ‘n Go (TNG).
    • MAE Maybank.
    • Setel Petronas.
    • ShopeePay.
  2. Sekiranya anda belum mempunyai salah satu aplikasi di atas, sila muat turun di apps store / play store dalam telefon bimbit anda.
  3. Sila daftar akaun dan isikan semua maklumat yang diperlukan.
  4. Sekiranya anda menggunakan [Touch ‘n Go e-Wallet], sila buka aplikasi tersebut.
  5. Kemudian, klik pada [Claim your RM100 eMADANI credit now!] pada bahagian halaman utama (HOME).
  6. Anda akan dipaparkan pada Baucar yang ditawarkan.
  7. Tandakan [/] sekiranya anda setuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Tuntut Sekarang!].
  9. Kemudian, anda akan dipaparkan bahagian Mykad, sila semak butiran Mykad anda.
  10. Tandakan [/] sekiranya anda setuju bahawa data anda akan dikongsi dengan pihak ketiga.
  11. Klik butang [Teruskan].
  12. Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti Alamat, Tahap pelajaran, Jenis pekerjaan, anggaran Gaji Kasar.
  13. Seterusnya, tanda [/] setuju dan [Hantar].
  14. ‘Tuntutan eMADANI anda akan diproses’.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan claim, sila rujuk pihak berwajib di dalam aplikasi yang anda pilih seperti talian di bawah :

MAE Maybank : 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my.
Setel Petronas : Emel ke hello@setel.com.
ShopeePay : +603-2777 9222.
Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.

Leave a Comment