DAFTAR E TUNAI 2023 : TEBUS EWALLET SEKARANG
Bantuan e-Tunai telah mula dibuka untuk pendaftaran / tebus bermula 4 Disember 2023. Mungkin ramai yang telah tebus atau mungkin masih ramai yang belum mengetahui cara untuk daftar / tebus bantuan ini. Bantuan e-Tunai ini akan memanfaatkan lebih 10juta rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Bagaimanakah cara daftar e tunai 2023? Ikuti panduan di sini.
BACA JUGA : BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR
Untuk daftar / tebus, pemohon hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023.
- Pendapatan RM100,000 ke bawah setahun.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Bukan Penerima eBeliaRahmah.
TEMPOH TEBUS / PERBELANJAAN E TUNAI 2023
Bantuan e-Tunai ini mempunyai tempoh yang telah ditetapkan untuk mendaftar dan untuk berbelanja seperti tarikh di bawah berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Tempoh tebus bantuan e-Tunai | 4/12/2023 hingga 20/2/2024 |
Tempoh perbelanjaan e-Tunai | 4/12/2023 hingga 29/2/2024 |
NILAI BANTUAN E TUNAI 2023
Bantuan e-Tunai ini akan memanfaatkan 10 juta penerima dengan nilai sebanyak :
NILAI BANTUAN E-TUNAI 2023 |
---|
RM100 / individu |
SENARAI KEGUNAAN E TUNAI
Bantuan e-Tunai ini hanya boleh DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA di kedai terpilih dan TIDAK BOLEH digunakan untuk :
- Pengeluaran tunai.
- Pemindahan wang.
- RFID & PayDirect di pintu tol.
- Urusniaga dalam talian, termasuk peniaga luar negara.
- Bayaran bil, prabayar, pascabayar dan kredit game.
SENARAI APLIKASI TERPILIH
Bantuan e-Tunai ini hanya boleh tebus / daftar di dalam empat (4) aplikasi e-dompet yang terpilih seperti di bawah berikut :
- Touch ‘n Go e-Wallet.
- MAE Maybank.
- Setel Petronas.
- ShopeePay.
DAFTAR E TUNAI 2023
Berikut merupakan cara daftar / tebus bantuan e-Tunai dengan menggunakan empat (4) aplikasi, dan pilih aplikasi yang biasa anda gunakan. (Hanya boleh tebus antara salah satu (1) aplikasi sahaja)
- Touch ‘n Go e-Wallet :
- Buka aplikasi Touch N Go (TNG).
- Kemudian, tekan ‘Ready to claim your eMADANI’.
- Isi butiran maklumat yang diminta dengan lengkap dan betul.
- Tekan butang ‘Submit’.
- Anda akan menerima Notifikasi apabila proses tuntutan e-wallet RM100 berjaya di lakukan!
- MAE Maybank :
- Buka aplikasi MAE Maybank.
- Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
- Masukkan butiran maklumat anda dan tekan butang ‘Submit’.
- Anda akan menerima notifikasi apabila proses penebusan RM100 eMADANI anda berjaya!
- Setel Petronas :
- Buka aplikasi Setel Petronas.
- Kemudian, tekan pada ikon ‘eMADANI’.
- Isi butiran maklumat yang diminta dengan lengkap.
- Tekan butang ‘Submit’.
- Anda akan menerima Notifikasi apabila proses tuntutan e-wallet RM100 berjaya di lakukan!
- ShopeePay :
- Buka aplikasi Shopee.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama aplikasi Shopee.
- Kemudian, pergi ke bahagian shopeepay dan aktifkan.
- Tekan butang ikon ‘eMADANI’.
- Isi butiran maklumat yang diminta dengan lengkap dan betul.
- Tekan butang ‘Submit’.
- Anda akan menerima Notifikasi apabila proses tuntutan e-wallet RM100 berjaya di lakukan!