TEBUS E WALLET MADANI RM100 2023 : CLAIM SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

TEBUS E WALLET MADANI RM100 2023 : CLAIM SEKARANG

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah melancarkan inisiatif Ekonomi Madani (eMADANI) iaitu bantuan etunai melalui aplikasi terpilih. Bantuan ini adalah khas untuk rakyat yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun.

Bagiamanakah cara tebus e wallet madani rm100 2023? Ikuti penjelasan lengkap di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN TUNAI BUJANG RM500 : DAFTAR ONLINE

SYARAT KELAYAKAN

Untuk menebus Bantuan e-Wallet MADANI RM100, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Had umur 21 tahun dan ke atas.
  • Penerima Bantuan STR.
  • Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun.
  • Belum menuntut eBeliaRahmah 2023.

JUMLAH BANTUAN E WALLET 2023

JUMLAH BANTUAN E WALLET
RM100

TARIKH TEBUS E WALLET MADANI RM100

TARIKH TEBUS E WALLET RM100
Bermula 04 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024

SENARAI APLIKASI TEBUS E WALLET MADANI RM100

Berikut merupakan senarai aplikasi terpilih untuk tebus bantuan e-Wallet Madani RM100 seperti di bawah :

  • MAE MAYBANK
  • TNG e-Wallet.
  • BOOST.
  • SETEL PETRONAS.
  • GRAB.
  • SHOPEE.

TEBUS E WALLET MADANI RM100 2023

Ikuti cara untuk tebus bantuan e-Wallet MADANI RM100 seperti di bawah berikut :

  1. Pilih salah satu (1) aplikasi yang tersenarai di atas; contoh : MAE MAYBANK. (Sekiranya anda pengguna MAE MayBank).
  2. Buka aplikasi tersebut.
  3. Kemudian, klik pada ikon [eMADANI RM100] pada halaman utama MAE.
  4. Klik pada butang [Claim Now].
  5. Seterusnya buat pengesahan dengan menekan butang [VERIFY].
  6. Pilih ID Pengenalan [Nombor Kad Pengenalan].
  7. Muat naik gambar hadapan kad pengenalan anda.
  8. Seterusnya, masukkan gambar (Selfie) anda.
  9. Sila pastikan semua butiran anda tepat dan betul sebelum menekan butang [Continue].
  10. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan sah.
  11. Kemudian klik [Submit].
  12. Sekiranya berjaya, anda akan menerima notifikasi “eMadani RM100 redemption is successful!”.
  13. Anda akan menerima kredit RM100 di dalam aplikasi tersebut.
  14. Selesai.

SENARAI TRANSAKSI E WALLET MADANI RM100 YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

Bantuan e-Wallet MADANI RM100 hanya boleh digunakan secara pembayaran fizikal Kod QR sahaja, anda berikut merupakan senarai transaksi yang tidak boleh digunakan :

  • Senarai Tidak boleh :
    • Membuat pindahan ke akaun lain.
    • Membuat pengeluaran tunai.
    • Membayar bil utiliti.
    • Membayar mana-mana saman.
    • Membayar bil pospaid atau prepaid.
    • Pembelian games.
    • Pembayaran parking atau tol.
    • dan lain-lain.

9 thoughts on “TEBUS E WALLET MADANI RM100 2023 : CLAIM SEKARANG”

Leave a Comment