PERMOHONAN BANTUAN TUNAI BUJANG RM500 2024 : DAFTAR ONLINE
Kerajaan komited untuk membantu meringankan bebanan hidup rakyat, justeru pelbagai bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat pada tahun 2024. Kategori bujang juga tidak terkecuali, malah kadar bantuan untuk kategori bujang akan dinaikkan sebanyak RM500.
Bagaimanakah permohonan bantuan tunai bujang rm500 2024? Ikuti penjelasan lengkap di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN : DAFTAR ONLINE
SYARAT KELAYAKAN BUJANG 2024
Untuk kemukakan permohonan baru Bantuan Tunai Bujang RM500 bagi tahun 2024, pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur 21 hingga 59 tahun.
- Bujang belum berkahwin / Janda / Duda / Balu yang tidak mempunyai anak.
- Berpendapatan individu RM2,500 ke bawah setiap bulan.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
JENIS BANTUAN TUNAI BUJANG 2024
Terdapat dua (2) jenis Bantuan Tunai Bujang yang akan disalurkan seperti berikut :
JENIS BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | RM350 |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | RM150 |
Jumlah keseluruhan = | RM500 |
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN TUNAI 2024
Berikut merupakan tarikh permohonan STR dan SARA untuk golongan bujang bagi tahun 2024 seperti di bawah :
PERMOHONAN STR | PERMOHONAN SARA |
---|---|
Telah dibuka bermula (1 November 2023) Permohonan adalah sepanjang tahun. | Tiada permohonan diperlukan (menurut data eKasih dan JKM) |
PERMOHONAN BANTUAN TUNAI BUJANG RM500 2024
Berikut merupakan cara permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk kategori bujang bagi tahun 2024, seperti di bawah :
PAUTAN PORTAL RASMI MYSTR |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/# |
- Sila klik pautan Portal Rasmi MySTR di atas.
- Klik butang [Permohonan Baharu STR 2024] untuk membuat permohonan baru.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
- Sila pilih status sebagai [Bujang].
- Kemudian, muat naik dokumen yang diperlukan; seperti gambar Mykad pemohon.
- Klik butang [Muat naik].
- Pilih [Maklumat Waris] jika ada.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
- Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
- Tandakan pada kotak [/] perakuan.
- Tekan butang [Hantar].
- ‘Permohonan anda telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
*PERHATIAN : Sekiranya data tidak wujud dalam sistem, sila hadir ke LHDNM berhampiran.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan MySTR, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
- E-mel : str@mof.gov.my
KAMPUNG MERDANG GAYAM KOTA SAMARAHAN JALAN DATOK MUHAD MUSA SARAWAK 93400
STR BUJANG