PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024 : DAFTAR ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024 : DAFTAR ONLINE

Kerajaan komited untuk membantu rakyat yang memerlukan dengan memberikan pelbagai jenis bantuan tunai kepada rakyat. Bantuan Sara Hidup sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah permohonan online bantuan sara hidup rm100 sebulan 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM3700

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP

  • Warganegara Malaysia.
  • Berstatus (lulus) penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan.
  • Golongan sasar.
  • Tersenarai dalam pengkalan data eKasih.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA 2024
RM1,200 kepada penerima STR status Miskin dan
Miskin Tegar.
RM300 kepada penerima STR Isi Rumah
(bukan Miskin dan Miskin Tegar).
RM150 kepada penerima STR Bujang dan
Warga Emas).

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024

TARIKH BAYARAN
Bermula seawal bulan Januari 2024
hingga Disember 2024
(RM100 setiap bulan selama 12 bulan)

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024

  1. Pemohon perlu daftar di Portal Rasmi e-Kasih; atau klik pautan ini : [https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.]
  2. Kemudian klik [Semakan Pendaftaran eKasih].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan permohon pada ruangan No.KP.
  4. Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
  5. Kemudian, pergi ke Portal eKasih untuk daftar akaun.
  6. Masukkan semua maklumat diri, pendapatan, tanggungan dan lain-lain yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  7. Klik butang [Teruskan].
  8. Tandakan pada perakuan diri.
  9. Tekan butang [Hantar].
  10. Selesai.

*Menurut sumber, pemohon tidak perlu mengemukakan permohonan kerana bantuan ini adalah dirujuk pengkalan data eKasih dan JKM. Justeru pemohon perlu mendaftar e-Kasih.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan Bantuan SARA Hidup 2024, sila rujuk pihak di bawah :

  • Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
  • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
  • Emel : info@mykasih.com.

Leave a Comment