TARIKH RASMI TEBUS E WALLET MADANI RM100 2023 TELAH DIUMUMKAN : CLAIM SEKARANG
EMadani merupakan inisiatif daripada pihak kerajaan Malaysia yang diberikan kepada rakyat bagi meringakan bebanan taraf hidup yang semakin meningkat. Program ini akan memberi manfaat kepada 10 Juta penerima yang layak.
Bilakah tarikh rasmi claim e-wallet madani rm100 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
Baca juga : ETUNAI RM100 : CARA TEBUS, CLAIM, SEMAKAN, DAFTAR (BANTUAN KREDIT)
SYARAT KELAYAKAN e-MADANI
Berikut merupakan kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk melayakkan diri anda menebus bantuan e-tunai ini :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun 2023.
- Jumlah pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Dalam kategori B40 dan M40.
- Bukan penerima eBeliaRahmah.
CARA BAYARAN E WALLET MADANI
Berikut adalah kaedah bayaran bantuan e Wallet Madani RM100 ini :
PERKARA | CARA BAYARAN |
---|---|
Cara pembayaran e-Wallet Madani RM100 2023 | Pembayaran akan dikredit masuk melalui e-wallet yang terpilih. |
TARIKH RASMI TEBUS E WALLET MADANI RM100 2023
Untuk makluman anda, pihak kerajaan telah mengumumkan secara rasminya bahawasanya tarikh rasmi tebus e-Wallet Madani boleh di lakukan seperti di bawah :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Tarikh rasmi tebus e-Wallet Madani RM100 2023 | Bermula pada 4 Disember sehingga 20 Februari 2024. |
SENARAI APLIKASI TEBUS RM100 EMADANI
Berikut adalah senarai aplikasi terpilih untuk menebus Bantuan eMadani RM100, seperti di bawah :
- TOUCH N GO (TNG).
- MAE MAYBANK.
- SETEL PETRONAS.
- GRAB.
- SHOPEEPAY.
- BOOST.
- Dan lain-lain lagi.
CARA TEBUS E WALLET MADANI RM100 2023
Dilampirkan di sini panduan lengkap cara claim e-Wallet eMadani RM100 2023 khas untuk B40 dan M40 :
- Sila pilih salah satu aplikasi yang dinyatakan di atas.
- Sekiranya masih belum ada sila muat turun di apps store / play store dalam telefon bimbit anda. (Contoh : MAE MAYBANK).
- Seterusnya, daftar akaun dan isikan semua maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Kemudian, lihat di halaman utama aplikasi akan dipaparkan [eMADANI RM100] pada bahagian [HOME].
- Kemudian klik pada butang [RM100 eMADANI].
- Pilih [Claim Now].
- Seterusnya buat pengesahan dengan menekan butang [VERIFY].
- Pilih ID Pengenalan Pemohon [Nombor Kad Pengenalan].
- Muat naik gambar hadapan kad pengenalan pemohon.
- Seterusnya, masukkan gambar (Selfie) pemohon.
- Sila pastikan semua butiran anda tepat dan betul sebelum menekan butang [Continue].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan sah.
- Kemudian klik [Submit].
- Pemohon yang berjaya akan menerima notifikasi “eMadani Claim Approved”.
- Anda akan menerima kredit RM100 di dalam aplikasi tersebut.
- Selesai.
Terbaik boleh tebus RM100 eMADANI boleh kurangkan kos sara hidup yang tinggi. Kalau boleh buat inisiatif ini selalu untuk masa depan yang semakin mencabar. 👍