TARIKH BUKA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH TAHUN 2022
Sesi persekolahan bagi tahun ini akan dilanjutkan hingga Februari tahun depan bagi membolehkan Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan semua pelajar, khususnya yang ketinggalan bersedia untuk masuk ke kelas berikutnya.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata lanjutan itu bermakna semua pelajar akan kekal dalam darjah dan tingkatan masing-masing pada Januari dan Februari tahun depan sebelum dibenarkan naik ke peringkat seterusnya bermula Mac 2022.
Bila tarikh buka sekolah yang ditetapkan bagi setiap fasa PPN? Mungkin ada yang masih keliru, tambahan pula ada negeri yang baru beralih fasa.
BACA JUGA: CARA MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAP
TARIKH BUKA SEKOLAH KPM BAGI NEGERI YANG BARU BERALIH KE FASA 4
Fasa 4: Mula 08 Nov 2021 (Isnin)
PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN INSTITUT PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
- Negeri Kedah bermula pada 21 November 2021
- Negeri Perak bermula pada 22 November 2021
- Negeri Perlis bermula pada 22 November 2021
- Negeri Pulau Pinang bermula pada 22 November 2021
- Negeri Sabah bermula pada 22 November 2021
SIAPA YANG PERLU HADIR KE SEKOLAH?
- Tingkatan 3 dan Tingkatan 4
- Tahun 1,2 dan 3 (Tahap 1)
- Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
- Tahun 4, 5 dan 6 (Tahap 2)
KEHADIRAN MURID DI SEKOLAH PADA FASA 4
Bagi Fasa 4, pengoperasian sekolah akan melibatkan kehadiran murid seperti berikut:
Kehadiran murid Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) sekolah rendah bermula selepas 2 minggu masuk Fasa 4.
Kehadiran murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah di bermula seminggu selepas negeri memulakan pengoperasian berdasarkan ketetapan Fasa 4.
Dalam kenyataan terkini KPM, pembukaan sekolah akan dilaksanakan serentak (tidak lagi berperingkat) tetapi dengan mengekalkan kaedah penggiliran.
Rujuk kenyataan terkini KPM
KENYATAAN MEDIA KPM BERKENAAN OPERASI SEKOLAB FASA 4 DI KEDAH, PERAK, PERLIS, PULAU PINANG & SABAH.
TARIKH BUKA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH TAHUN 2022
SOP PENGOPERASIAN SEKOLAH BERMULA 3 OKTOBER 2021
Menteri Pendidikan telah mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 3 Oktober 2021.
PELAKSANAAN SISTEM PENGGILIRAN
Penggiliran minggu akan dilaksanakan di mana:
- Murid dibahagi kepada 2 kumpulan.
- Kapasiti kelas dihadkan kepada 50%.
- Ia bertujuan memastikan keselamatan murid-murid dengan kapasiti yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan.
Ada beberapa pengecualian bagi penggiliran murid di sekolah berdasarkan fasa-fasa berikut:
- Murid bekerperluan khas
- Murid Ting 6 / Peperiksaan
- Murid sekolah asrama sepenuhnya
- Murid kelas peperiksaan
- Murid sekolah tadika 4-6 tahun
- Sekolah kurang murid
SOP PENGOPERASIAN SEKOLAH NORMA BAHARU
Sementara itu, Dr Radzi turut memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.
Ini bermaksud, murid-murid akan kekal berada dalam kelas masing-masing sehingga bulan Mac 2022.
Tempoh ini akan digunakan untuk mengukuhkan kefahaman dan menguasai topik-topik yang ketinggalan pada tahun ini akibat wabak.
Manakala, murid Tahun 1 2022 akan mula masuk ke sekolah pada bulan Mac 2022.
SOP TERKINI SEKOLAH YANG PERLU DIAMBIL MAKLUM
- Pemakaian pelitup muka diwajibkan (pelitup muka bagi murid-murid yang kurang berkemampuan akan dibekalkan dengan bantuan).
- Waktu rehat dikekalkan di bawah pengawasan guru, namun perlu di kawasan pengudaraan yang baik. Boleh terus kekal makan dalam kelas kecuali kelas berhawa dingin.
- Aktiviti ko-kurikulum belum dibolehkan kecuali PJK dengan syarat murid telah memakai pakaian sukan dari rumah untuk mengelakkan kesesakan semasa penggunaan bilik persalinan.
- Saliva test kit akan disediakan bagi murid yang menunjukkan gejala dan diasingkan daripada kelompok murid lain.
- Murid akan diuji dengan kit kendiri bagi murid-murid di asrama.
- Murid juga dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.
- Ketidakhadiran murid ke sekolah tidak akan dianggap sebagai kesalahan disiplin sehingga hujung tahun ini dengan syarat ibu bapa perlu menghantar surat kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.
- Jika berlaku kes positif COVID19 di sekolah, PKD akan membuat penilaian risiko terhadap tindakan selanjutnya.
MUAT TURUN SLIDE SOP PENGOPERASIAN SEKOLAH KPM PDF – KLIK DI SINI!
UNTUK PERTANYAAN LANJUT
Pertanyaan mengenai tarikh buka sekolah dan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM boleh diajukan kepada TALIAN HOTLINE Bilik Gerakan Pembukaan Semula Sekolah di talian berikut:
03-8884 5020
03-8884 5336
03-8884 5022
03-8884 5122