CARA MOHON PERMIT MASUK HUTAN DAN HIKING GUNUNG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA MOHON PERMIT MASUK HUTAN DAN HIKING GUNUNG

Aktiviti mendaki atau hiking merupakan salah satu aktiviti luar yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan juga negara luar. Bagi penggemar aktiviti luar, aktiviti hiking merupakan aktiviti yang menyeronokkan kerana ianya dapat menyihatkan badan mereka selain dapat menikmati keindahan hutan. Akitivit hiking bukanlah aktiviti yang mudah dilakukan kerana ianya memerlukan persediaan yang rapi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Sebagai contoh, anda perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Anda perlu mempunyai stamina yang tinggi untuk mendaki. Tahukah anda, selain dari persediaan seperti peralatan dan diri, terdapat satu lagi persediaan yang wajib anda buat, tetapi yang ramai tidak tahu. Ia adalah memohon permit mendaki. Ini adalah penting demi tujuan keselamatan anda.

Bagaimana cara mengetahui sama ada kawasan air terjun, bukit atau gunung ini memerlukan permit?

Kini anda boleh membuat semakan terlebih dahulu sama ada lokasi yang dirancang termasuk dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Untuk semakan, scan kod QR di poster atau klik pada pautan https://www.forestry.gov.my/…/hutan-lipur-hutan-taman…

CARA MOHON PERMIT MASUK HUTAN DAN HIKING GUNUNG

Permohonan permit perlu di buat melalui Pejabat Hutan Daerah berkaitan sekiranya kawasan yang anda rancangkan tersenarai dalam Hutan Simpanan Kekal.

Apabila gagal berbuat sedemikian akan menjadi satu kesalahan kerana memasuki Hutan Simpanan Kekal tanpa kebenaran di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

BACA JUGA: CARA BUAT TEMUJANJI JPJ ONLINE 2021

 

CARA MOHON PERMIT MENDAKI

Setiap negeri mempunyai proses memohon permit mendaki yang berbeza. Sebagai contoh, lihat di bawah langkah untuk memohon permit mandaki.

Disertakan juga link berkaitan untuk setiap negeri:

 

INFO PENTING !

  • Bayaran Permit Memasuki HSK – RM5.00 seorang.
  • Borang Permohonan beserta maklumat/bayaran hendaklah dikemukakan ke Pejabat Hutan Daerah berkenaan
  • sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum tarikh pendakian.
  • Borang Permohonan yang dikemukakan ke Pejabat Hutan Daerah perlu diisi dalam tiga (3) Salinan.

CARA MOHON PERMIT MASUK HUTAN DAN HIKING GUNUNG

  1. Klik pautan https://forestry.selangor.gov.my/v2018/index.php/my/info-awam/gerbang-perkhidmatan-awam/muat-turun
  2. Pilih BORANG MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL (MENDAKI GUNUNG)
  3. Muat turun dan isikan maklumat anda dengan lengkap.

CARA MOHON PERMIT MASUK HUTAN DAN HIKING GUNUNG CARA MOHON PERMIT MASUK HUTAN DAN HIKING GUNUNG

Ini Borang yang anda boleh muat turun di laman web tersebut. Sila isi dengan sempurna dan maklumat yang tepat.

SILA BACA SYARAT PERMIT MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL DAN AMBIL PERINGATAN!

 

Leave a Comment