CARA KELUARKAN DUIT KWSP UNTUK BAYAR PINJAMAN RUMAH
Membayar ansuran bulanan bukanlah satu perkara mudah, terutama untuk mereka yang mempunyai komitmen yang semakin bertambah. Di dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Supaya jika anda terhimpit dengan keadaan kewangan yang tidak menentu, anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.
Siapa Yang Boleh Memohon?
- Warganegara dan Bukan Warganegara(PR atau daftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998).
- Umur bawah 55 tahun.
- Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2.
- Membeli/membina sebuah rumah kediaman.
- Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
- Ansuran bulanan telah bermula.
Tertakluk kepada:
- Rumah kediaman – jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia
- Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.
Apa Yang Boleh Dikeluarkan?
- PENGELUARAN INDIVIDU
- Jumlah baki pinjaman perumahan
ATAU
Kesemua simpanan di dalam Akaun 2
- Jumlah baki pinjaman perumahan
- PENGELUARAN BERSAMA
- Jumlah baki pinjaman perumahan
ATAU
Kesemua simpanan di dalam Akaun 2 pemohon
- Jumlah baki pinjaman perumahan
- Mana yang lebih rendah tetapi tertakluk kepada bayaran bulanan minimum RM100 selama enam bulan
*Jumlah bayaran bulanan maksimum kepada anda dan pemohon bersama (jika ada) tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan.
Apa Yang Anda Perlu Tahu?
- Pengeluaran terhad kepada satu rumah setiap ahli. Pengeluaran seterusnya hanya untuk rumah yang sama sahaja.
- Jika rumah dibiayai semula, baki pinjaman yang dikira berdasarkan bayaran pinjaman yang asal dari pemberi pinjaman pertama ATAU baki pinjaman terkini, yang mana lebih rendah. Jika lebih dari satu pemberi pinjaman terlibat, surat tebus hutang akan di banding dengan baki terkini bagi menentukan amaun yang layak dikeluarkan. Anda tidak layak memohon jika pinjaman asal telah selesai.
- Anda boleh membuat pengeluaran untuk mengurangkan ansuran bulanan dan Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman secara serentak.
- KWSP berhak untuk membatalkan pengeluaran bayaran bulanan jika pinjaman telah diselesaikan, rumah dijual/lelong/ hakmilik dipindah atau jika anda didapati bersalah menipu dengan menghantar maklumat/dokumen palsu.
- Bagi pinjaman perumahan tertunggak yang berstatus NPL dibenarkan untuk memohon pengeluaran ini dengan syarat bayaran bulanan akan di bayar terus ke akaun pinjaman perumahan.
- Tempoh ansuran bulanan tidak boleh melebihi umur 55 tahun.
- Anda boleh membuat pengeluaran dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh ansuran bermula. Bagaimanapun bayaran pengeluaran hanya akan bermula selepas tarikh ansuran sebenar berkuatkuasa.
- Untuk pengeluaran berikutnya, anda boleh memohon seawal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan yang terdahulu selesai.
- Amaun pengeluaran daripada Akaun 2 akan diasingkan ke akaun khas bagi bayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen yang dikreditkan ke Akaun 2 sebaik sahaja dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya.
- Tempoh bayaran maksimum bulanan adalah tidak melebihi baki tempoh pinjaman perumahan.
- Sekiranya semasa ahli memohon, terdapat bayaran pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan peminjam lain masih berkuatkuasa, ahli hanya layak mengeluarkan amaun perbezaan di antara jumlah pengeluaran peminjam lain.
CARA KELUARKAN DUIT KWSP UNTUK BAYAR PINJAMAN RUMAH
PINJAMAN SENDIRI – https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/housing-loan-monthly-installment
MEMBANTU PINJAMAN PASANGAN – https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/housing-loan-monthly-installment
TAMBAHAN KELAYAKAN
- Pasangan mestilah membeli/membina rumah dan mengambil pinjaman.
- Ahli boleh merupakan peminjam atau bukan peminjam bagi pembelian rumah tersebut.
- Rumah tersebut telah digadaikan sebagai cagaran atas pinjaman perumahan.
- Rumah tersebut dimiliki sepenuhnya oleh pasangan atau milik bersama suami / isteri.
- Ahli perlu kemukakan bukti pertalian suami/isteri iaitu Surat Nikah/Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran anak.
- Ahli boleh membuat pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjaman untuk mana-mana rumah sedia ada untuk diri sendiri atau pasangan (suam/isteri/isteri-isteri), tertakluk kepada pengeluaran sekali setahun.