CARA DAFTAR MASUK POLITEKNIK MENERUSI ONLINE : PENGAMBILAN TAHUN 2022
PERMOHONAN POLITEKNIK ONLINE : 2022
Bilakah tarikh kemasukan ke Politeknik ambilan 2022 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Politeknik ambilan Jun dan Disember 2022. Untuk makluman anda, permohonan Politeknik 2022 boleh dibuat secara online mulai bulan Februari 2022 menerusi Laman Web Rasmi Politeknik dan UPUOnline.
Sedia maklum, terdapat 33 buah Politeknik di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 3 jenis politeknik iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METRO. Tarikh sama juga yang terpakai untuk permohonan UA, Matrikulasi, IPG, ILKA dan Kolej Komuniti.
Baca Juga: CARA MEMBUAT RAYUAN UPU ONLINE LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2021/2022
CARA DAFTAR MASUK POLITEKNIK MENERUSI ONLINE : PENGAMBILAN TAHUN 2022
Berikut adalah panduan penting dalam membuat Permohonan sesi ambilan Jun & Disember 2022 yang antara lain memaparkan kaedah memohon, link borang permohonan, bidang yang ditawarkan dan iklan permohonan.
Tarikh Penting Permohonan Politeknik 2022
Maklumat Lanjut:-
Senarai Program & Syarat Kemasukan – http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=program&kat=d
Yuran – http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=yuran
Cara Permohonan Politeknik 2022 Online
1. Permohonan kemasukan ke Politeknik boleh dibuat secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://ambilan.mypolycc.edu.my/eborangpoli_v2/logineborang221.aspx
2. Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul. Klik pada butang ‘Hantar’ untuk proses seterusnya.
3. Kemudian, anda perlu mencetak Slip Maklumat Permohonan Kemasukan sebagai rujukan masa hadapan.
Syarat Kemasukan Politeknik 2022
Antara syarat-syarat kemasukan ke Politeknik adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Boleh membaca, menulis dan mengira.
- Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam SPM.
- Serta mendapat kepujian dalam 5 mata pelajaran SPM yang lain.
KENAPA POLITEKNIK MENJADI PILIHAN?
- Institusi milik penuh Kerajaan.
- Program pengajian yang diiktiraf.
- Lokasi di seluruh negara.
- Yuran yang berpatutan.
- Peluang pekerjaan yang cerah.
- Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.
Iklan Pengambilan Politeknik Melalui UPUOnline
Untuk ketahui maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan ke Politeknik, sila rujuk grafik permohonan seperti berikut:
Untuk lebih banyak info grafik upu onlline : https://www.upuonline.com/tarikh-upu.jsp
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:
Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313/ 9263
Faks : 03-8891 9319
Website: http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp
Selamat membuat permohonan kemasukan ke Politeknik ambilan 2022 secara online!