SEMAKAN BAYARAN BKSS 6.0 PENIAGA FASA 2 : RM1500 DISEMBER 2021
APA ITU BKSS?
Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumumkan 15 langkah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.4 bilion bagi meneruskan kelangsungan bantuan yang amat diperlukan rakyat akibat langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD dan PKPB.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah-langkah itu merangkumi sembilan langkah bantuan tunai BKSS bagi Kategori Bujang dan Isi Rumah serta enam langkah pemberian diskaun.
KRITERIA BAGI PERMOHONAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) BAGI PENJAJA/PENIAGA KECIL/GERAI MAKANAN YANG TIDAK BERLESEN
- Pemohon HENDAKLAH warga Sarawak yang menetap dan menjalankan perniagaan di Sarawak.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Pemohon adalah bagi peniaga-peniaga yang benar-benar menjalankan aktiviti perniagaan secara fizikal seperti menjalankan perniagaan menggunakan stall / kiosk / di bahu jalan sebelum 1 Jun 2021.
- Stall yang beroperasi di dalam Kedai Kopi adalah layak memohon dengan melampirkan dokumen pengesahan berkaitan dengan perniagaan.
- Perniagaan atas talian (online) adalah TIDAK LAYAK untuk memohon.
- Peniaga hendaklah berdaftar dan mempunyai permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021.
- Tempoh sah permit adalah dari bulan Jun sehingga November 2021, tanpa sebarang bayaran permit (RM30.00) dikenakan sepanjang tempoh sah ini.
- Semua maklumat yang diberikan oleh pemohon hendaklah tepat dan benar. Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan akan dibatalkan. PBT berhak membatalkan permit tersebut sekiranya permit telah dikeluarkan.
- PBT berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa prejudis dan segala rayuan tidak akan dilayan.
- Pembayaran untuk BKSS adalah melalui Sarawak Pay.
SEMAKAN BAYARAN BKSS 6.0 PENIAGA FASA 2
Berita baik untuk golongan penjaja, peniaga kecil dan pengusaha gerai makanan yang tidak berlesen, anda boleh memohon Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2021.
Semua permohonan mesti memenuhi garis panduan dan kriteria kelayakan untuk Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Antara kriteria ialah pemohon mestilah warga Sarawak yang menetap dan berniaga di Sarawak, berumur 18 tahun ke atas dan pemohon mestilah peniaga yang pernah mengendalikan gerai sebelum 1 Jun 2021.
Di sini dikongsikan maklumat lanjut tentang semakan bayaran BKSS 6.0 Peniaga Fasa 2 2021.
TARIKH BAYARAN BKSS PENIAGA / PENJAJA 2021
Bagi pemohon yang telah mendapat status LULUS, anda akan terima bayaran bantuan BKSS Peniaga / Penjaja yang akan dibayar secara berfasa:
Fasa 1: RM750 (Mulai Ogos 2021)
Fasa 2: RM750 (Mulai Disember 2021)
Bayaran akan dikreditkan melalui SarawakPay seperti di bawah.
Melalui SarawakPay juga, anda boleh membuat pemindahan wang atau pengeluaran secara tunai di BSN dengan caj RM1.00.
Soalan Lazim Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)
1. Siapakah yang layak untuk menerima BKSS?
Penerima BKSS adalah penduduk Sarawak yang merupakan Ketua Isi Rumah dan tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
2. Bagaimanakah bayaran untuk menerima BKSS akan dibuat?
Penerima BKSS yang mempunyai akaun simpanan bank akan menerima bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam akaun simpanan secara bulanan sebanyak RM250 untuk enam (6) bulan bermula dari 15 April 2020 sehingga 15 September 2020. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
Bagi yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan akan dibayar dalam dua fasa :
a) Fasa Pertama (RM750) : selepas 17 April 2020; dan
b) Fasa Kedua (RM750) : selepas 17 Julai 2020.
3. Bagaimanakah saya boleh menyemak status penerimaan BKSS?
Anda tidak perlu membuat semakan. Sekiranya anda ada menerima BSH Januari 2020, secara automatiknya anda juga layak untuk menerima BKSS.
4. Bagaimana hendak membuat permohonan rayuan BKSS?
Rayuan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan dan sila hantar borang tersebut kepada Pejabat Daerah yang berdekatan dengan alamat pemohon.
Permohonan rayuan juga boleh dibuat secara atas talian di laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan
Tempoh rayuan adalah dari 18 April hingga 28 April 2020.
5. Bagaimana hendak menyemak keputusan rayuan?
Keputusan rayuan boleh disemak selepas 15 Jun 2020 melalui laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan
*Pemohon digalakkan untuk mengemukakan akaun bank bagi memudahkan bayaran bantuan disalurkan.
Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan:
Talikhidmat –Tel:082-555 999 / e-mail:555999@sarawak.gov.my